PRN Johor 2022: SOP Mengundi Buat Pengundi, Pengundi Bergejala & Pengundi Positif Covid-19

Perhatian rakyat Negeri Johor yang cukup umur dan layak untuk mengundi! Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kini telah menetapkan tarikh rasmi mengundi dan penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang akan dilaksanakan tidak lama lagi.

Daftar Pemilih Pilihan Raya (DPPR) yang akan digunakan untuk PRN Johor ke-15 ini adalah Daftar Pemilih Induk 2021 yang dikemas kini sehingga 21 Januari 2022. Bagi warganegara Malaysia yang tidak pernah mengundi dan baru buat pendaftaran, anda boleh semak kelayakan dan lokasi mengundi anda secara online.

Kerajaan juga kini telah mengeluarkan SOP mengundi buat pengundi yang akan terlibat nanti termasuk pengundi bergejala, pengundi positif Covid-19, berstatus PUI & PUS.

SOP MENGUNDI PRN JOHOR 2022

Berikut adalah langkah atau SOP yang telah ditetapkan perlu pengundi patuhi semasa mengundi nanti:

  1. Imbas QR kod MySejahtera & saringan gejala
  2. Guna pensanitasi tangan di:
    i) Khemah saringan
    ii) Pintu masuk saluran
    iii) Selepas jari dicelup dakwat kekal
    iv) Pintu keluar pusat mengundi
  3. Petugas pilihan raya pastikan penjarakan fizikal sewaktu mendalikan pengundi berkerusi roda
  4. Kerusi roda disanitasi setiap kali digunakan
  5. Pengundi di lokaliti PKPD perlu jalani ujian RTK-Ag 24 jam sebelum tarikh mengundi. Hanya pengundi negatif Covid-19 dan dapat kebenaran polis dibenarkan keluar mengundi

Pengundi Bergejala

  • Individu bergejala hendaklah diasing dan ditempatkan serta merta di tempat khas untuk tindakan lanjut
  • Pengundi WAJIB memakai pelitup muka berganda
  • Dakwat ditandakan di jari telunjuk kiri pengundi menggunakan berus pakai buang
  • Pengundi diberi sarung tangan pakai buang sebelum memegang kertas undi
  • Petugas yang mengendalikan individu bergejala mematuhi prosedur ditetapkan serta memakai PPE
  • Petugas perlu sanitasi tangan sekerap mungkin dan memakai sarung tangan
  • Pembersihan dan sanitasi petak mengundi perlu dilakukan setiap kali pengundi bergejala selesai mengundi
  • Selepas mengundi, pengundi bergejala akan diuruskan Pegawai KKM bertugas untuk tindakan lanjut termasuk membuat ujian kendiri RTK Antigen (saliva)

Pengundi Positif Covid-19, Bertatus PUI & PUS

  • Pengundi yang berstatus Covid-19 positif TIDAK DIBENARKAN untuk hadir mengundi
  • PUI & PUS hendaklah memohon kebenaran dari Pegawai Kesihatan Daerah, Pejabat Kesihatan Daerah untuk keluar sementara ke Pusat Mengundi
  • Pengundi yang bertstatus PUI dan PUS hendaklah diasing dan ditempatkan di Khemah/bilik/ ruang khas yang disediakan dan sentiasa disinfeksi
  • PUI dan PUS dikehendaki menggunakan pengangkutan sendiri

Semak: Tarikh Rasmi Mengundi & Penamaan Calon PRN Johor 2022

SEMAKAN DAFTAR MENGUNDI

Semakan status daftar pemilih SPR 2022 boleh dilakukan melalui 2 kaedah iaitu :

  • Online
  • Pesanan ringkas SMS

Klik butang di bawah untuk semak status daftar pemilih bagi pengundi yang sudah daftar tetapi belum pernah mengundi:

SEMAK DAFTAR MENGUNDI

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma