Tarikh Penting Permohonan Kemasukan MRSM Tahun 2022 & Syarat Kelayakan Kemasukan Tingkatan 1 & 4

Iklan permohonan pengambilan pelajar ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) bagi tahun 2022 akan dibuka pada minggu keempat bulan ini. Mereka yang ingin mohon kemasukan ke MRSM boleh buat permohonan secara dalam talian.

Menurut Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) permohonan menerusi sistem dalam talian itu akan dibuka sehingga awal November 2021 ini. Pemohon yang memenuhi syarat akan di panggil untuk menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM).

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut tarikh permohonan dan syarat kemasukan ke MRSM yang calon dan ibu bapa perlu tahu.

TARIKH PENTING PENGAMBILAN PELAJAR MRSM 2022

Berikut adalah tarikh-tarikh penting permohonan dan pengambilan pelajar MRSM tahun 2022 yang perlu diberi perhatian:

  • Tarikh permohonan: Minggu keempat Ogos 2021 sehingga awal November 2021
  • Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM): Mulai November 2021 hingga Januari 2022
  • Pendaftaran pelajar baharu Tingkatan 1 & 4: Dijangka April 2022

Bagaimanapun, semua cadangan meliputi tarikh tertakluk kepada pengumuman kerajaan daripada masa ke semasa. Sebarang pindaan tarikh akan dimaklumkan semula.

SYARAT KEMASUKAN KE MRSM

Kepada pelajar yang berminat untuk memasuki MRSM, berikut adalah syarat kemasukan MRSM Tingkatan 1 dan 4 yang perlu dipenuhi:

  • Memiliki sikap diri yang positif
  • Tahap kesihatan yang baik dan mampu menjalani program kecerdasan fizikal
  • Pelajar bersedia untuk tinggal di asrama sepanjang tempoh pengajian dan mematuhi arahan serta peraturan dengan penuh disiplin
  • Pemohon adalah warganegara Malaysia
  • Ibu atau bapa adalah warganegara Malaysia
  • Calon Tingkatan 1: AKAN DIKEMASKINI
  • Calon Tingkatan 4: Calon menduduki Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang merangkumi Pentaksiran Pusat (PT3), Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan Pentaksiran Psikometerik (PPsi)
  • Membuat permohonan online
  • Sihat tubuh badan, bebas daripada masalah mental, penyakit kronik yang boleh menghadkan pelaksanaan aktiviti kurikulum dan kokurikulum
  • Pelajar kurang upaya mestilah calon yang boleh bergerak sendiri tanpa bantuan orang lain
  • Lulus ujian UKKM
Nota: Syarat kelayakan bagi kemasukan ke MRSM tahun 2022 AKAN DIKEMASKINI setelah iklan permohonan dikeluarkan.

UJIAN UKKM

Bermula ambilan tahun 2021, calon DIWAJIBKAN menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM). Ia melibatkan subjek Matematik, Sains, bahasa Inggeris dan Ujian Keperibadian. Pemohon program Ulul Albab diwajibkan menduduki ujian Hafazan sebagai syarat tambahan

Pemohon perlu lulus empat UKKM bagi melayakkan diri ke MRSM yang dimohon. Keutamaan akan diberikan kepada golongan pelajar daripada keluarga yang berpendapatan rendah.

Untuk maklumat lanjut berkaitan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM), anda boleh hubungi Bahagian Pendidikan Menengah MATA di talian 03 2613 2000/ 39070/ 34494/ 34517.

Sumber

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma