Tarikh Baharu Pembentangan Belanjawan & Mini Bajet 2023

Kerajaan Perpaduan di bawah pentadbiran Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka akan membentangkan Bajet 2023 bulan Januari 2023. Menurut Perdana Menteri, bajet yang dibentangkan itu mungkin akan ditambah baik daripada yang dibentangkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bulan lalu.

Namun dalam Persidangan Parlimen pertama pada Disember 2023 akan membentangkan bajet mini untuk emolumen bagi membolehkan gaji penjawat awam diluluskan

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut dan tarikh rasmi pembentangan Belanjawan 2023 yang anda kena tahu.

TARIKH RASMI PEMBENTANGAN BELANJAWAN 2023

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kerajaan akan membentangkan Bajet 2023 seperti berikut::

  • Tarikh pembentangan Belanjawan 2023: Januari 2023
  • Tarikh pembentangan Bajet Mini: 19 Disember 2022
Nota: Bajet mini dibentangkan untuk emolumen bagi membolehkan gaji penjawat awam diluluskan
Anwar berkata beliau akan memberi ruang kepada Kementerian Kewangan serta jemaah menteri bagi menambah baik Bajet 2023 yang sedia ada.

ADAKAH BELANJAWAN LALU DIGUNA PAKAI?

Menurut Datuk Seri Anwar Ibrahim,

“Saya fikir sebahagian besar (daripada belanjawan itu) boleh diterima walaupun ramai yang membuat andaian bahawa saya akan menentang semua cadangan tersebut.

“Cadangan yang baik kita boleh teruskan,”

Pada masa yang sama, Anwar menegaskan bahawa beliau akan menumpukan usaha untuk menguruskan ekonomi negara dan membina keyakinan pelabur.

“Banyak syarikat pelaburan dari India, China, Eropah serta Amerika Syarikat telah meminta temu janji untuk minggu akan datang, dan saya akan menumpukan pada menjana pertumbuhan ekonomi,” katanya.

Tugas dan tumpuan utama Kerajaan Perpaduan adalah mendepani masalah kemiskinan dan kesenjangan, mengembalikan keyakinan pelabur serta memacu pertumbuhan ekonomi.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma