Tarikh Gaji Penjawat Awam Kerja Kerajaan 2025

Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) melalui portal rasmi mereka telah mengedarkan tarikh pembayaran gaji 2025 buat penjawat awam seluruh negeri.

Surat Pekeliling ini dikeluarkan adalah bertujuan untuk memaklumkan tarikh pembayaran gaji bulanan penjawat awam bagi tahun 2025 dan juga peraturan yang perlu dipatuhi Kementerian/Jabatan bagi memastikan penyediaan gaji dapat diuruskan dengan sempurna dan gaji penjawat awam 2025 dibayar mengikut tarikh yang telah ditetapkan.

Anda boleh rujuk Pekeliling Pembayaran Gaji Penjawat Awam Kerajaan 2025 melalui pautan yang disediakan di bawah.

Tarikh Pembayaran Gaji 2025

Berikut adalah jadual rasmi pembayaran gaji penjawat awam bagi tahun 2025 seperti yang diumumkan oleh JANM:

Bulan Tarikh Pembayaran Hari Catatan
Januari 22 Januari 2025 Rabu Tahun Baru Cina pada 29 & 30 Januari 2025
Februari 25 Februari 2025 Selasa
Mac 24 Mac 2025 Isnin Hari Raya Puasa pada 31 Mac & 1 April 2025
April 24 April 2025 Khamis
Mei 22 Mei 2025 Khamis Pesta Kaamatan pada 30 & 31 Mei 2025
Jun 25 Jun 2025 Rabu Hari Gawai (1 & 2 Jun 2025), Hari Raya Haji (7 & 8 Jun 2025)
Julai 24 Julai 2025 Khamis
Ogos 25 Ogos 2025 Isnin
September 25 September 2025 Khamis
Oktober 16 Oktober 2025 Khamis Deepavali pada 20 Oktober 2025
November 20 November 2025 Khamis
Disember 18 Disember 2025 Khamis Krismas pada 25 Disember 2025

Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM) Bil. 5 Tahun 2024

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai peraturan pembayaran emolumen bagi tahun 2025, penjawat awam boleh merujuk Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM) Bil. 5 Tahun 2024 yang menggariskan:

  • Peraturan pembayaran gaji dan elaun.
  • Jadual penuh pembayaran emolumen tahunan.
  • Panduan dan prosedur berkaitan pembayaran gaji.

Dokumen ini boleh diakses melalui laman web rasmi JANM di pautan berikut: www.anm.gov.my


Bagaimana Gaji Anda Bulan Ini?

Jadual pembayaran gaji penjawat awam tahun 2025 adalah panduan penting yang perlu diketahui oleh setiap kakitangan kerajaan. Dengan memahami jadual ini, penjawat awam dapat merancang perbelanjaan secara lebih berkesan dan mengelakkan kesukaran kewangan.

Bagi memastikan kewangan kekal stabil sepanjang tahun, amat penting untuk mengurus perbelanjaan dengan berhemah, menyimpan sebahagian gaji sebagai persediaan masa hadapan, dan mengelakkan perbelanjaan impulsif. Semoga maklumat ini membantu penjawat awam dalam mengurus kewangan dengan lebih baik dan mencapai kestabilan kewangan dalam jangka panjang.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma