Had Umur Maksimum Mohon Kerja Kerajaan Melalui SPA9

Bekerja dalam sektor awam atau Suruhanjaya Perkhidmatan Awam ini adalah impian ramai orang tidak kira lepasan sekolah, lepasan universiti ataupun individu yang sedang bekerja atau menganggur dengan pelbagai kelayakan. Dah lama bekerja dalam industri lain, tetapi terfikir untuk mohon kerja kerajaan?

Berapa sebenarnya had umur maksimum untuk individu mohon kerja kerajaan melalui SPA9? Jika dah berumur lebih daripada 30 tahun masih layak ke mohon kerja kerajaan? Banyak juga persoalan berkenaan had umur mohon kerja kerajaan ini! SPA melalui portal rasminya telah menjelaskan had umur maksimum untuk seseorang mohon kerja kerajaan melalui SPA9.

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui had umur maksimum untuk mohon kerja kerajaan yang anda perlu tahu.

HAD UMUR MAKSIMUM MOHON KERJA KERAJAAN

Seperti yang dinyatakan oleh pihak SPA berkenaan had umur maksimum memohon pekerjaan dalam Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, untuk makluman ada:

  • Tiada had umur maksimum ditetapkan bagi pemohon lantikan terus
  • Bagi pemohon di kalangan pegawai sedang berkhidmat, had maksimum adalah 2 tahun daripada tarikh persaraan wajib; dan
  • Bagi Pemohon Latihan Separa Perubatan, had umur maksimum adalah sepertimana ditetapkan mengikut kategori pemohon
    “Berumur tidak kurang daripada 17 tahun dan tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan”

CARA MOHON KERJA KERAJAAN

Bagi yang berminat tetapi tidak pernah buat permohonan kerja kerajaan melalui SPA9, pastikan anda buat pendaftaran akaun terlebih dahulu sebelum buat permohonan sesuatu jawatan. Pendaftaran akaun Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA9) boleh dibuat dengan ikut panduan berikut:

Sekiranya anda dah pernah daftar akaun SPA8i atau SPA9 sebelum ini, pastikan anda log masuk dan kemaskini semula permohonan jawatan anda di laman tersebut. Setiap jawatan yang dimohon mempunyai tempoh sah laku, iaitu 1 tahun. Jika anda dah lama tak kemaskini permohonan jawatan, pastikan anda kemaskini permohonan jawatan dengan ikut panduan berikut:

Semoga bermanfaat!

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma