Tarikh Dapat Pembayaran BPN Hasil Bermula Isnin Ini Secara Berperingkat
Isi Kandungan
TARIKH DAPAT PEMBAYARAN BPN HASIL?
Bayaran BPN Bermula Isnin Ini.
Menyedari keperluan rakyat, kerajaan menerusi Kementerian Kewangan akan mempercepatkan pembayaran Bantuan Prihatin Nasional (BPN) bermula Isnin ini, secara berperingkat.
Bagaimanapun Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Aziz berkata, butiran lanjut akan dijelaskan secara terperinci oleh kementerian esok.
Di bawah merupakan temuduga eksklusif Menteri Kewangan bersama TV3, sila tonton temuduga di bawah:
https://www.facebook.com/BuletinTV3Official/videos/259669905196782/
SEMAKAN STATUS DI BPN HASIL
Memandangkan permohonan dan semakan status untuk Bantuan Prihatin National telah dibuka hari ini iaitu 1 April 2020, pasti ramai yang mencari-cari cara untuk log masuk ke laman LHDN menggunakan link mana untuk buat semakan.
Walaupun pautan alternatif semakan bpn.hasil ini telah disediakan namun ramai masih keliru. Anda boleh rujuk pautan alternatif semakan hasil.bpn ini. Begitu juga untuk semakan i-Lestari KWSP.
Ketahui cara log masuk ke laman web bagi membuat semakan dan permohonan Bantuan Prihatin National.
Bagi penerima automatik BPN Hasil, anda tidak perlu membuat sebarang semakan. Anda hanya perlu tunggu email kelulusan dari pihak LHDN.
Berikut merupakan 2 kategori pemohon yang tidak perlu membuat permohonan.
CARA LOGIN BANTUAN PRIHATIN NATIONAL
Untuk makluman anda, semakan status penerimaan dan pendaftaran BPN hanya boleh dibuat melalui pautan di bawah berdasarkan kenyataan media rasmi yang dikeluarkan LHDN.
Sekiranya status semakan adalah ‘tiada rekod’, orang ramai boleh membuat permohonan baharu dengan klik butang ‘Permohonan Baru’. Permohonan baharu secara dalam talian adalah dibuka sehingga 30 April 2020.
Orang ramai hanya perlu mengikuti langkah mudah seperti berikut untuk semakan penerimaan BPN.hasil:
i. Masukkan Nombor Kad Pengenalan (No I/C);
ii. Masukkan kod captcha yang diberikan; dan
iii. Keputusan akan dipaparkan.
Tiada permohonan secara manual menggunakan borang setakat ini memandangkan semua premis LHDNM ditutup sementara sehingga tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tamat.
Sementara itu, bagi permohonan yang tidak berjaya, rayuan boleh dikemukakan secara dalam talian melalui pautan rayuan BPN Hasil bermula 03 April 2020.
SIAPA YANG PERLU LOGIN DAN MOHON BPN?
Golongan sudah berkahwin: Pendapatan Isi Rumah RM4,000 ke bawah
- Jika anda berada dalam kategori ini, tetapi tidak pernah apply BSH, anda perlu memohon atau mengemukakan permohonan baru.
Golongan sudah berkahwin: Pendapatan Isi Rumah RM4,001 hingga RM8,000
- Jika anda berada dalam kategori ini, tetapi tidak pernah berdaftar dengan LHDN, anda perlu memohon atau mengemukakan permohonan baru.
- Maksudnya, anda perlu buat permohonan baru Bantuan Prihatin Nasional jika tidak pernah bayar cukai pendapatan di LHDN
Orang bujang: Pendapatan RM2,000 ke bawah
- Jika anda berada dalam kategori ini, tetapi tidak pernah apply BSH, anda perlu memohon atau mengemukakan permohonan baru.
- Maksudnya, anda perlu buat permohonan baru BPN jika tidak pernah terima BSH sebelum ini
Orang bujang: Pendapatan RM2,000 hingga RM4,000
- Jika anda berada dalam kategori ini, tetapi tidak pernah berdaftar dengan LHDN, anda perlu memohon atau mengemukakan permohonan baru.
- Maksudnya, anda perlu baru permohonan baru BPN jika tidak pernah bayar cukai pendapatan di LHDN
CARA LOGIN BANTUAN BPN.HASIL PRIHATIN NATIONAL
Untuk makluman anda, semakan status penerimaan dan pendaftaran BPN hanya boleh dibuat melalui pautan di bawah berdasarkan kenyataan media rasmi yang dikeluarkan LHDN.