Residensi MADANI 2026: Cara Mohon Rumah RM200K Secara Online (Panduan Lengkap) •Cara Buat Duit Dengan Lukisan 2026: 5 Kaedah Jana Pendapatan Dari Bakat Melukis •Penjawat Awam Boleh Mohon Kerja Lain? Ini Syarat, Cara & Risiko Yang Ramai Tak Tahu •Kad Debit Hilang? Jangan Tunggu 5 Minit – Ini Cara Block & Ganti Kad ATM (Update 2026) •Geran Women Biz Entrepreneurship 2026: Wanita Boleh Dapat Sehingga RM200,000 – Ini Cara Mohon • Residensi MADANI 2026: Cara Mohon Rumah RM200K Secara Online (Panduan Lengkap) •Cara Buat Duit Dengan Lukisan 2026: 5 Kaedah Jana Pendapatan Dari Bakat Melukis •Penjawat Awam Boleh Mohon Kerja Lain? Ini Syarat, Cara & Risiko Yang Ramai Tak Tahu •Kad Debit Hilang? Jangan Tunggu 5 Minit – Ini Cara Block & Ganti Kad ATM (Update 2026) •Geran Women Biz Entrepreneurship 2026: Wanita Boleh Dapat Sehingga RM200,000 – Ini Cara Mohon •

Tarikh Pembayaran Saguhati Jemaah Umrah Sebanyak RM1671 Setiap Orang

Oleh Cikgu Shaari • February 14, 2022 • 2 min baca

Tarikh Pembayaran Saguhati Jemaah Umrah Sebanyak RM1671 Setiap Orang
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Berikutan dengan penularan jangkitan virus Omicron dan demi menjaga keselamatan orang ramai, kerajaan sebelum ini terpaksa membatalkan pemergian sebilangan jemaah umrah ke Tanah Suci. Pembatalan ini telah melibatkan sejumlah 8,027 jemaah umrah yang terkesan.

Sebagai tanda prihatin, kerajaan Malaysia akan menyalurkan pembayaran saguhati kepada jemaah umrah yang terkesan, iaitu terpaksa membatalkan ibadah umrah di Tanah Suci bermula 8 Januari lalu. Namun pihak Tabung Haji mendapati seramai hampir 1,000 jemaah umrah masih belum mempunyai akaun simpanan TH.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut pembayaran saguhati oleh kerajaan Malaysia kepada Jemaah Umrah yang terpaksa membatalkan pemergian sebelum ini.

KADAR BAYARAN SAGUHATI

Pengkreditan terus saguhati ke dalam akaun simpanan Tabung Haji Jemaah Umrah yang layak adalah sebanyak:

  • RM1,671

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad berkata ia melibatkan sejumlah 8,027 jemaah umrah yang terkesan dan layak menerima saguhati berdasarkan senarai nama yang diberikan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).

TARIKH BAYARAN SAGUHATI JEMAAH UMRAH

Pembayaran saguhati Jemaah Umrah akan dibuat menerusi akaun simpanan Tabung Haji (TH) pada:

  • 18 Februari 2022

Namun Tabung Haji mendapati seramai hampir 1,000 jemaah umrah masih belum mempunyai akaun simpanan TH. Jemaah Umrah yang masih belum mempunyai akaun simpanan TH diminta untuk membuka akaun Tabung Haji sebelum 18 Februari 2022 bagi memudahkan urusan pembayaran saguhati.

Para Jemaah Umrah yang nak membuka akaun simpanan Tabung Haji boleh buat pendaftaran secara atas talian dengan mudah dan hadir ke kaunter TH yang terdekat bagi proses pengaktifan akaun secara biometrik.

BUKA AKAUN SIMPANAN TH SECARA ONLINE

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.