[Rasmi] Tarikh Bayaran GKP 3.0 Tambahan RM500 Buat Peniaga Mulai 8 Julai 2021

Semua peniaga di seluruh negara bakal terima wang bantuan Geran Khas Prihatin (GKP) tambahan atau GKP 3.0 tidak lama lagi. Ketahui tarikh bayaran GKP Tambahan di bawah.

Semasa Belanjawan 2021, Kerajaan telahpun mengumumkan bantuan kewangan sebanyak 1,000 ringgit melalui Geran Khas Prihatin Tambahan, atau GKP Tambahan yang diberikan kepada peniaga dan penjaja di Sabah. Walaubagaimanapun, dalam pakej PEMERKASA, kerajaan telah mengumumkan bayaran GKP Tambahan akan dinaikkan kepada RM1,500 setiap peniaga.

Penambahan kes penularan wabak Covid-19 yang melibatkan semua negeri telah menyebabkan kerajaan mengambil keputusan untuk melaksanakan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan ramai peniaga yang terjejas.

Perdana Menteri dalam pengumuman pakej bantuan PEMERKASA telah memperluaskan inisiatif GKP Tambahan yang melibatkan peniaga dan PKS di seluruh negara.

GERAN KHAS PRIHATIN TAMBAHAN (GKP TAMBAHAN)

Pasti semua peniaga dan PKS sudah tidak sabar untuk tahu tarikh bayaran GKP Tambahan RM1,500 kan? Sebelum tahu tarikh bayaran GKP Tambahan, ketahui serba sedikit mengenai GKP Tambahan.

GKP Tambahan adalah bantuan kewangan tambahan secara one-off yang disediakan oleh Kerajaan kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang menerima bantuan Geran Khas Prihatin (GKP 1.0 dan GKP 2.0) sebelum ini.

SYARAT KELAYAKAN GKP TAMBAHAN

Siapa yang akan terima GKP Tambahan pada tarikh bayaran GKP Tambahan? GKP Tambahan akan diberikan kepada:

  • Penerima yang lulus GKP 1.0
  • Penerima yang lulus GKP 2.0
  • Pemohon rayuan GKP  yang lulus

TARIKH SEMAKAN GKP TAMBAHAN

Semakan kelayakan GKP Tambahan boleh dibuat mulai 8 Jun 2021 di pautan berikut:

TARIKH BAYARAN GKP TAMBAHAN

Untuk makluman semua, tarikh bayaran GKP Tambahan dibayar secara 2 fasa seperti yang dinyatakan oleh pihak LHDN seperti berikut:

  • Fasa Pertama (RM1,000): Mulai 10 Jun 2021
  • Fasa Kedua (RM500):  Mulai 8 Julai 2021

Dah tahu tarikh bayaran GKP tambahan, pastikan anda tahu juga kaedah bayaran GKP Tambahan yang akan dilaksanakan.

[Rasmi] Tarikh Semakan & Bayaran GKP 3.0 RM1,500 Setiap Peniaga Seluruh Negara

KAEDAH BAYARAN GKP TAMBAHAN

Kaedah pembayaran GKP Tambahan adalah sama seperti pelaksanaan GKP 1.0 dan GKP 2.0 iaitu:

  • Dikreditkan ke akaun bank simpanan atau semasa peribadi penerima yang didaftarkan pada permohonan GKP sebelum ini.
  • Pembayaran hanya akan dikreditkan kepada penerima yang mempunyai akaun bank yang aktif sahaja.

Buat masa ini, tiada sebarang permohonan dibuka buat GKP Tambahan. PKS yang memenuhi syarat kelayakan adalah automatik menerima GKP Tambahan pada tarikh bayaran GKP Tambahan yang dinyatakan di atas. Peniaga hanya perlu buat semakan pada tarikh yang ditetapkan.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma