Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) • Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) •

Op Bantu: Cara Mohon Bantuan Makanan Melalui Talian WhatsApp Setiap Negeri

Oleh Cikgu Shaari • July 9, 2021 • 2 min baca

Op Bantu: Cara Mohon Bantuan Makanan Melalui Talian WhatsApp Setiap Negeri
Visual Archive // 2021
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini melancarkan Op Bantu bagi menyalurkan bantuan kepada mana-mana individu yang terputus bekalan makanan susulan penularan COvid-19 dalam negara. Pelaksanaan SP Bantu merupakan kolaborasi strategik bersama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

Inisiatif KDN bersama KPWKP adalah melalui Polis Diraja Malaysia, RELA Malaysia dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Bantuan bekalan makanan akan diberikan segera kepada mana-mana individu yang telah terputus bekalan makanan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk dapatkan info talian WhatsApp bagi mohon bekalan makanan.

SASARAN UTAMA

Agihan bakil makanan menerusi Op Bantu mensasarkan golongan:

  • Orang Kurang Upaya (OKU)
  • Ibu tunggal
  • Penerima bantuan Baitumal
  • Penduduk yang hilang punca pendapatan
  • Sesiapa sahaja yang terputus bekalan makanan

CARA MOHON BANTUAN BAKUL MAKANAN OP BANTU

Menerusi operasi itu, kesemua Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) seluruh negara akan dijadikan sebagai pusat pengagihan bantuan bekalan makanan bagi mereka yang terkesan.

  1. Mana-mana individu yang memerlukan diminta hadir sendiri ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) berdekatan untuk mendapatkan bantuan segera
  2. Bagi individu yang tidak dapat hadir ke IPD berdekatan, mereka diminta menghubungi IPD berhampiran masing-masing melalui talian rasmi IPD atau melalui talian Whatsapp khas Op Bantu.
  3. Skuad AMANITA dan anggota RELA di lapangan akan ditugaskan untuk menyampaikan bantuan segera

TALIAN WHATSAPP OP BANTU

Semak senarai talian khas WhatsApp Op bagi setiap negeri/ daerah untuk dihubungi:

Kuala Lumpur

Selangor

Negeri Sembilan

Johor

Kedah

Terengganu

Pahang

Kelantan

Sabah

Perak

Melaka

Perlis

Sarawak

Pulau Pinang

Semoga bantuan ini dapat membantu golongan yang amat memerlukan dan meringankan bebanan yang mereka dalam tempoh yang mencabar kini. Orang ramai yang terputus bekalan makanan dinasihatkan untuk tidak segan silu memohon bantuan yang disediakan ini.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.