Tarikh Rasmi & Kadar Bayaran Bonus Penjawat Awam Dan Pesara Kerajaan 2023
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri telah mengumumkan sesuatu yang menceriakan bagi mengubat duka lara para penjawat awam. Khabar gembira itu boleh jadi ‘durian runtuh’ buat penjawat awam yang selama ini menjadi tulang belakang kerajaan setelah bertungkus-lumus dalam memberi perkhidmatan terbaik buat rakyat. Antaranya adalah Bantuan Khas Kewangan kepada penjawat awam dan pesara.
Bantuan ini boleh dikatakan bonus yang diberikan kepada Penjawat Awam bagi menghargai jasa dan bakti anggota perkhidmatan awam yang berkhidmat tanpa mengenal penat lelah. Bonus ini diberikan kepada kakitangan awam Gred 56 dan ke bawah, tidak lupa juga pesara kerajaan.
Pasti ramai yang sudah tidak sabar nak tahu kan bila tarikh bayaran bonus atau Bantuan Khas Kewangan Penjawat Awam dan pesara kerajaan?
Isi Kandungan
BONUS/ BANTUAN KHAS KEWANGAN PENJAWAT AWAM
Kadar bonus Bantuan Khas Kewangan Penjawat awam yang diumumkan akan diberikan seperti berikut:
- Bonus Penjawat Awam: RM700 kepada semua kakitangan awam Gred 56 dan ke bawah
- Bonus pesara kerajaan: RM350 buat semua pesara kerajaan
*Bonus atau Bantuan Khas Kewangan yang diumumkan ini adalah melibatkan semua Penjawat Awam dan pesara yang layak di seluruh Malaysia.
Baca juga: Kerajaan Umum Tambahan Cuti Rehat, Bonus Penjawat Awam RM700 & KGT Tambahan RM100
TARIKH BAYARAN BONUS PENJAWAT AWAM 2023
Pasti Penjawat Awam sudah tidak sabar untuk tahu tarikh bayaran bonus Penjawat Awam tahun 2023 ini kan? Berdasarkan pengumuman Perdana Menteri, tarikh bayaran bonus Penjawat Awam adalah seperti berikut:
- Tarikh Bayaran Bonus Kerajaan 2023: 17 Januari 2023
Penjawat awam akan menerima bonus yang akan dimasukkan ke dalam gaji bulan Januari 2023.
Semak: Jadual Pembayaran Gaji Penjawat Awam Tahun 2023
BANTUAN ORANG AWAM TAHUN 2022
Selain penjawat awam, orang awam juga akan menerima manfaat daripada pembentangan Bajet 2022. Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) adalah bantuan tunai Kerajaan yang lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah. Bantuan Keluarga Malaysia telah diumumkan dalam Bajet 2022 dan akan memberi manfaat kepada isi rumah B40 & M40, warga emas dan bujang.
Kadar bayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) kepada isi rumah dan bujang adalah seperti berikut:
Kadar Bantuan Isi Rumah
- Pendapatan RM2,500 dan ke bawah
– Tiada anak: RM1,000
– 1 – 2 anak: RM1,500
– Anak melebihi 3: RM2,000 - Pendapatan RM2,501 – RM5,000
– Tiada anak: RM400
– 1 – 2 anak: RM600
– Anak melebihi 3: RM800
Warga Emas Bujang/ Tiada Pasangan
- Pendapatan RM5,000 dan ke bawah
– Tiada anak: RM600
Bujang
- Pendapatan RM2,500 dan ke bawah
– Tiada anak: RM350
Anda boleh semak syarat kelayakan dan tarikh pembayaran BKM kepada individu yang layak di bawah: