Sesi Persekolahan Penggal 3 2021/2022 Ditangguhkan Seminggu, Ini Tarikh Baru Buka Sekolah

Seperti yang diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebelum ini, sesi persekolahan penggal 3 tahun 2021/2022 akan bermula pada 2 Januari 2022 di negeri Kumpulan A dan 3 Januari 2022 di negeri Kumpulan B.

Walaubagaimanapun selepas mengambil kira situasi banjir yang berlaku di negara kita yang melibatkan ramai orang dan sekolah, maka KPM telah mengambil keputusan untuk menangguhkan sesi persekolahan penggal 3 tahun 2021/2022 selama seminggu. YB Senator Dr. Mohd Radzi Bin Md Jidin telah memaklumkan tarikh baru sesi persekolahan ini.

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui tarikh baru sesi persekolahan penggal 2 tahun 2021/2022 seperti yang diumumkan.

TARIKH BARU SESI PERSEKOLAHAN PENGGAL 3 TAHUN 2021/2022

Berikut adalah tarikh baru kemasukan semula ke sekolah bagi Penggal 2 Tahun 2021/2022:

Negeri Kumpulan A (9 Januari 2022)

Sesi Persekolahan Penggal 3 2021/2022 akan bermula pada 9 Januari 2022 bagi sekolah di negeri Kumpulan A iaitu:

  • Johor
  • Kedah
  • Kelantan
  • Terengganu

Negeri Kumpulan B (10 Januari 2022)

Sesi Persekolahan Penggal 3 2021/2022 akan bermula pada 10 Januari 2022 bagi sekolah di negeri Kumpulan B iaitu:

  • Melaka
  • Negeri Sembilan
  • Pahang
  • Perak
  • Perlis
  • Pulau Pinang
  • Sabah
  • Sarawak
  • Selangor
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  • Wilayah Persekutuan Labuan
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya

Makluman berkenaan perubahan tarikh ini akan dikeluarkan oleh pihak media sebentar lagi. Perkongsian ini akan dikemaskini semula selepas mendapat makluman daripada media.

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma