Tarikh Baharu Pelaksanaan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) Tingkatan 1 & 4 Tahun 2021
Adalah dimaklumkan bahawa Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) yang telah ditangguhkan sebelum ini akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang melibatkan seluruh negara telah dijadualkan semula pelaksanaannya.
Ibu bapa dan calon yang telah membuat permohonan kemasukan ke sekolah khusus bagi tingkatan 1 dan tingkatan 4 pada tahun 2021 sila ambil perhatian dengan tarikh-tarikh baharu pelaksanaan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) yang dijadualkan.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut tarikh pelaksanaan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) Tahun 2021.
Isi Kandungan
TARIKH PELAKSANAAN PKSK TINGKATAN 1 & 4
Berikut adalah jadual tarikh baharu pelaksanaan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) Tingkatan 1 dan 4 yang perlu anda ambil perhatian:
SEMAKAN PUSAT PKSK TINGKATAN 1 & 4
Oleh yang demikian, semua calon PKSK tingkatan 1 dan tingkatan 4 yang BELUM menduduki pentaksiran ini dimohon untuk membuat semakan semula pusat PKSK mulai 8 Januari 2021 melalui pautan berikut:
- Semakan Pusat PKSK Tingkatan 1 – https://spskt1.moe.gov.my
- Semakan Pusat PKSK Tingkatan 4 – https://spskt4.moe.gov.my
Calon diminta untuk membuat cetakan slip menduduki PKSK serta mematuhi ketetapan tarikh masa, sesi dan tempat pentaksiran yang ditetapkan.
GARIS MASA BAHARU PKSK
Berikut adalah garis masa dan tarikh-tarikh penting kemasukan Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 ke sekolah khusus bagi tahun 2021:
- PKSK Tingkatan 1: 20 Januari hingga 29 Januari 2021
- PKSK Tingkatan 4: 15 Februari hingga 25 Februari 2021
- Semakan Keputusan Penawaran: 17 Mac 2021
- Pendaftaran Tingkatan 1: 6 April 2021
- Keputusan Penawaran Tingkatan 4: 15 April 2021
- Pendaftaran Tingkatan 4: 22 April 2021
FORMAT PENTAKSIRAN KEMASUKAN SEKOLAH KHUSUS
Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) meliputi beberapa bahagian berikut:
- Bahagian A – Kecerdasan Insaniah (20%)
- Bahagian B – Kecerdasan Intelek (70%)
- Bahagian C – Artikulasi Penulisan (10%)
Baca: Contoh Soalan Ujian PKSK Beserta Jawapan Untuk Kemasukan Tingkatan 1 Dan 4
Sebarang masalah berkaitan dengan tarikh baharu pelaksanaan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) anda boleh berhubung dengan nombor-nombor berkaitan untuk maklumat lanjut:
- Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh – 03 8321 7400
- Bahagian Pendidikan Islam – 03 8321 7200
- Bahagian Pendidikan dan Latihan teknik Vokasional – 03 8884 5154
- Maktab Tentera Diraja – 03 8946 5562