Peranan & Tanggungjawab Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Mengikut Gred 

Pegawai Perkhidmatan Pendidikan adalah merujuk kepada jawatan yang disandang oleh seseorang individu yang memenuhi syarat-syarat Skim Perkhidmatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) dan dilantik dalam skim perkhidmatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG29 atau Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP).

Lantikan bagi jawatan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan ini adalah secara tetap atau sementara. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke gred yang lebih tinggi secara time based berasaskan kecemerlangan dan apabila mencapai tahap prestasi yang ditetapkan.

Nak tahu peranan dan tanggungjawab Pegawai Perkhidmatan Pendidikan mengikut gred, ikuti perkongsian di bawah.

TANGGUNGJAWAB PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN MENGIKUT GRED

Berikut adalah tanggungjawab Pegawai Perkhidmatan Pendidikan mengikut gred:

Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41

  • Peranan: Pelaksana
  • Tanggungjawab: Memahami dan melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan penyeliaan dan bimbingan

Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG44

  • Peranan: Penggerak
  • Tanggungjawab: Sentiasa melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan penyeliaan dan bimbingan yang minimum serta mampu menyelesaikan masalah

Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG48

  • Peranan: Pembimbing dan Mentor
  • Tanggungjawab: Berpengalaman luas, mampu menyelia dan membimbing serta berkebolehan melakukan educated guess masalah organisasi yang mungkin timbul dan melaksanakan langkah pencegahan

Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG52

  • Peranan: Peneraju Perubahan
  • Tanggungjawab: Menjadi pakar rujuk, mentor dan pembimbing serta berkebolehan merancang dan melaksanakan penambahbaikan berterusan dalam bidang-bidang tertentu

Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG54

  • Peranan: Pemikir strategik
  • Tanggungjawab: Memiliki kepakaran khusus dan berkebolehan mengurus perubahan secara cekap dan berkesan

Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred Khas

  • Peranan: Pemikir Holistik
  • Tanggungjawab: Memiliki pelbagai kepakaran dan berkebolehan menjadi pakar rujuk dalam merangka strategi yang komprehensif dan melaksanakan latihan yang tepat untuk memastikan kejayaan sesebuah organisasi

Bagi mendapat lantikan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred 41, calon mestilah mempunyai sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dalam bidang pendidikan atau berkaitan daripada institusi pengajian tinggi yang diiktiraf.

Sekiranya anda berminat untuk memohon jawatan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan, anda boleh buat permohonan jawatan melalui laman mySPP yang dibuka sepanjang tahun.

MOHON JAWATAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN

Sumber

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma