7 Tanda Anda Berjaya Tambat Hati Penemuduga & Confirm Lulus Temuduga
Nak tahu status kelulusan permohonan kerja selepas temuduga adalah salah satu perkara yang paling gentar dan dinanti-nantikan oleh setiap calon. Maklumlah, bukan senang dapat kerja sekarang ni. Setiap calon pasti mengharapkan mereka lulus temuduga. Sebenarnya ramai calon yang tak tahu ada beberapa tanda yang menunjukkan mereka akan lulus temuduga.
Macam mana nak tahu, apa tanda lulus temuduga? Terdapat beberapa tanda positif ini yang ditunjukkan oleh penemuduga bahawa anda lulus dan telah berjaya menambat hati mereka.
Isi Kandungan
7 TANDA ANDA LULUS TEMUDUGA
Penemuduga Bertanyakan Soalan Peribadi Calon
Calon dapat lihat penemuduga berminat untuk ambil calon bekerja apabila penemuduga menanyakan tentang soalan peribadi calon dengan lebih lanjut. Calon pula perlulah memainkan peranan dan pandai mengambil hati penemuduga dengan menceritakan tentang diri anda dengan cara yang betul. Namun hadkan jawapan anda kerana tidak semua maklumat peribadi anda perlu diceritakan.
Masa Temuduga Lebih Panjang
Jika anda sepatutnya ditemuduga dalam masa 15 minit sahaja tetapi temuduga anda lebih panjang dari masa yang dijangkakan, anda berkemungkinan akan diambil untuk bekerja. Penemuduga akan melanjutkan perbincangan dengan calon dengan pelbagai soalan yang tidak formal. Calon kena tahu, jika penemuduga suka bertanyakan soalan kepada anda, ini bermakna mereka berminat untuk kenal anda dengan lebih mendalam.
Penemuduga Tersenyum
Sekiranya anda perasan penemuduga tersenyum dan mengangguk dengan setiap jawapan yang anda berikan, ini bermaksud mereka berminat dengan setiap penerangan anda. Ini juga adalah tanda positif dan peluang anda lulus adalah lebih luas. Semakin banyak soalan diberi kepada calon, semakin luas peluang calon mendapat pekerjaan.
Bercakap Mengenai Faedah
Setiap temuduga pasti akan diakhiri dengan sesi bertanyakan soalan. Namun jika penemuduga memang dah berhasrat untuk ambil calon bekerja, mereka akan memulakan perbincangan mengenai manfaat pekerjaan, gaji dan kelebihan pekerjaan di syarikat tersebut.
Anda Dibawa Melawat Pejabat
Selepas dah habis sesi temuduga, calon yang menjadi pilihan penemuduga akan dibawa melawat seluruh pelajar dan diperkenalkan kepada staf-staf yang lain. Kemudian penemuduga juga akan memperkenalkan anda kepada staf atasan yang lain dan menyatakan bahawa anda bakal pekerja di syarikat tersebut. Jika dah macam tu, memang confirm lah anda dapat kerja!
Meminta Kad Nama Anda
Sebelum tamat sesi temuduga, penemuduga akan meminta kad nama anda serta nombor telefon yang boleh dihubungi dan berjanji dengan bersungguh-sungguh untuk menghubungi anda dengan segera.
“Bila anda boleh mula bekerja?”
Bila dah dapat soalan ini, memang confirm lah anda sudah diterima kerja! Tidak perlu tertunggu-tunggu keputusan lagi daripada pihak syarikat. Anda hanya perlu maklumkan bila masa anda boleh mula bekerja atau syarikat akan tetapkan tarikh untuk anda mula bekerja. Selalunya syarikat akan beri masa seminggu untuk calon bersiap sedia memulakan kerja.
Bila sudah tahu tanda-tanda yang dikongsikan ini, semoga lepasni anda dapat tahu tanda penemuduga berminat untuk ambil anda bekerja dan boleh menaruh harapan yang tinggi kepada syarikat tersebut. Lakukan yang terbaik semasa temuduga, memang kejayaan akan berpihak kepada anda.
Selamat maju jaya!