Kerajaan Umum Tambang Percuma RapidKL & Komuter Selama Sebulan Bermula 16 Jun

Berita baik buat orang ramai! Kerajaan hari ini telah mengumumkan peruntukan tambang percuma kepada rakyat Malaysia! Kerajaan memperuntukkan RM155 juta untuk membiayai subsidi tambang percuma membabitkan perkhidmatan pengangkutan RapidKL dan Komuter Lembah Klang selama sebulan.

Kerajaan memberikan subsidi RM140 bagi membolehkan penumpang dapat tambang percuma pengangkutan RapidKL. Pengumuman tersebut dibuat sempena pembukaan rasmi Transit Aliran Massa (MRT) Laluan Putrajaya Fasa 1 pada hari ini.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut maklumat tambang pengangkutan awam percuma oleh kerajaan.

TAMBANG PERCUMA PERKHIDMATAN AWAM

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pemberian tambang percuma adalah melibatkan:

  • Pengangkutan kendalian RapidKL
    – MRT
    – LRT
    – BRT
    -Monorel
    – bas RapidKL
  • Komuter Lembah Klang

TEMPOH PEMBERIAN TAMBANG PERCUMA

Menerusi subsidi tambang percuma bagi perkhidmatan RapidKL dan KTMB ini, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM155 juta untuk pelaksanaannya selama:

  • 1 bulan bermula 16 Jun 2022

MATLAMAT PEMBERIAN TAMBANG PERCUMA

Pemberian tambang pengangkutan percuma oleh kerajaan ini adalah dengan matlamat untuk:

  • Meringankan beban kesusahan rakyat terutama dengan peningkatan harga barang yang membebankan dan kos sara hidup meningkat

“Saya berharap Keluarga Malaysia yang terlibat mengambil kesempatan mencuba perkhidmatan pengangkutan awam ini dan meletakkan kenderaan masing-masing di Park N Ride dan #JomNaikMRT,”

Sumber

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma