Cara Tebus Tambang RapidKL Percuma Bagi Pengguna Pas My50
Berita baik buat orang ramai! Kerajaan pada 16 Jun 2022 telah mengumumkan peruntukan tambang percuma kepada rakyat Malaysia! Kerajaan memperuntukkan RM155 juta untuk membiayai subsidi tambang percuma membabitkan perkhidmatan pengangkutan RapidKL dan Komuter Lembah Klang selama sebulan.
Pengumuman tersebut dibuat sempena pembukaan rasmi Transit Aliran Massa (MRT) Laluan Putrajaya Fasa 1 pada 16 Jun. Namun bagaimana pula dengan pelanggan My50? Adakah pas perjalanan tersebut jadi rugi? Tidak! Pelanggan sebenarnya boleh tebus tambang percuma.
Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui panduan tebus tambang percuma bagi pelanggan Pas My50.
Isi Kandungan
TEMPOH TAMBANG PERCUMA RAPIDKL
Menerusi subsidi tambang percuma bagi perkhidmatan RapidKL dan KTMB ini, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM155 juta untuk pelaksanaannya selama:
- 1 bulan bermula 16 Jun 2022
Bagaimana pula dengan pelanggan yang dah beli Pas My50 tu? Jangan risau, anda boleh tebus tambang percuma dengan ikut panduan dikongsikan!
CARA TEBUS TAMBANG PERCUMA UNTUK PELANGGAN MY50
Pas My50 Tamat Tempoh Antara 17 Jun ke 15 Julai 2022:
- Tebus 30 hari tambang percuma sehari selepas pas anda tamat tempoh
- Tambang percuma akan dimasukkan ke dalam pas anda dan diaktifkan serta merta
Pelanggan Yang Beli Pas My50 Pada 16 Jun 2022:
- Tebus 30 hari tambang percuma selepas pas anda tamat
- Aktifkan tambang percuma dalam tempoh 23 – 25 Julai 2022
- Sebaiknya bawa resit sebarang pengesahan. Jangan bimbang jika resit tidak disimpan, kami akan bantu anda untuk membuat pengesahan
Sentuh kad seperti biasa untuk keluar dan masuk apabila menaiki Rapid KL. Ini adalah untuk tujuan kawalan dan pemantauan. Tiada sebarang caj yang akan dikenakan.
Pastikan anda muat turun aplikasi PULSE sekarang untuk tebus perjalanan percuma anda!
MATLAMAT PEMBERIAN TAMBANG PERCUMA
Pemberian tambang pengangkutan percuma oleh kerajaan ini adalah dengan matlamat untuk:
- Meringankan beban kesusahan rakyat terutama dengan peningkatan harga barang yang membebankan dan kos sara hidup meningkat
“Saya berharap Keluarga Malaysia yang terlibat mengambil kesempatan mencuba perkhidmatan pengangkutan awam ini dan meletakkan kenderaan masing-masing di Park N Ride dan #JomNaikMRT,”