3 Langkah Mudah Tambah Pelaburan ASB Melalui Aplikasi MAE Maybank

Bermula 7 Oktober 2022, perkhidmatan Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) di aplikasi M2U MY telah dipindahkan ke aplikasi MAE secara tetap untuk memberikan pengalaman perbankan mudah alih yang lebih baik kepada anda. Pelbagai kemudahan disediakan untuk pelabur ASB melalui MAE Maybank bagi memudahkan urusan harian!

Selain daripada semakan dividen dan baki ASB, ramai tak tahu kita boleh tambah pelaburan ASB dengan mudah melalui MAE Maybank.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut dan panduan tambah pelaburan ASB dengan mudah melalui MAE Maybank.

LANGKAH TAMBAH PELABURAN ASB MELALUI MAE MAYBANK

Sebelum membuat sebarang transaksi daripada MAE Maybank ke akaun ASB anda, pastikan anda hubungkan dulu atau “link” akaun anda dengan ikut langkah berikut:

Berikut adalah langkah-langkah membuat pindahan dari MAE Maybank kepada akaun ASB anda

  1. Buka aplikasi MAE dan pilih ‘Transfer’ di pilihan ‘Quick Actions’.
  2. Log masuk menggunakan akaun Maybank2u anda.
  3. Pilih tab ‘ASNB’ daripada pilihan di bahagian atas.
  4. Pilih akaun anda di ‘Favourites’.
  5. Masukkan amaun yang anda mahukan dan lengkapkan pindahan.

Berikut adalah langkah lakukan pindahan baharu:

  1. Buka aplikasi MAE dan pilih ‘Transfer’ di pilihan ‘Quick Actions’.
  2. Log masuk menggunakan akaun Maybank2u anda.
  3. Pilih tab ‘ASNB’ daripada pilihan di bahagian atas.
  4. Pilih ‘ASNB Transfer’ di bahagian ‘New Transfer’.
  5. Masukkan maklumat pindahan dan lengkapkan transaksi anda.

Anda juga boleh rujuk panduan bergambar yang disediakan oleh pihak Maybank di bawah:

Untuk lebih mudah buat pelaburan dan semakan baki ASB, anda boleh juga muat turun dan daftar MyASNB dengan ikut panduan  berikut:

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma