Calon Temuduga Guru Wajib Tahu: Jangan Terlalu Fokus Fail Sampai Abaikan Persediaan Sebenar •Malaysia MADANI: Maksud, 6 Tonggak KEMAHI & Kepentingan Kepada Calon Guru •Perbezaan PDPP vs CoS: Ramai Masih Keliru, Ini Penjelasan Paling Mudah Faham •Semakan & Rayuan Tingkatan 6 2026: Tarikh Penting, Cara Semak & Panduan Lengkap •Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave • Calon Temuduga Guru Wajib Tahu: Jangan Terlalu Fokus Fail Sampai Abaikan Persediaan Sebenar •Malaysia MADANI: Maksud, 6 Tonggak KEMAHI & Kepentingan Kepada Calon Guru •Perbezaan PDPP vs CoS: Ramai Masih Keliru, Ini Penjelasan Paling Mudah Faham •Semakan & Rayuan Tingkatan 6 2026: Tarikh Penting, Cara Semak & Panduan Lengkap •Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •

Orang Ramai Bakal Diberi Kemudahan Tambah Nilai Kad TnG Secara Online Dengan Mudah

Oleh Cikgu Shaari • January 26, 2022 • 2 min baca

Orang Ramai Bakal Diberi Kemudahan Tambah Nilai Kad TnG Secara Online Dengan Mudah
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Setelah lebih 20 tahun memudahkan pembayaran tol pengguna lebuh raya, Touch ‘n Go dan SmartTAG akan dikurangkan secara berperingkat dalam memberi peluang untuk lebih banyak lorong Radio Frequency Identification (RFID) disediakan di lebuh raya seperti yang dimaklumkan oleh Kementerian Kerja Raya Malaysia.

Anda pengguna yang masih menggunakan kad Touch N GO untuk kemudahan laluan tol? Sejak dahulu lagi ramai yang mengharapkan kad Touch n Go boleh ditambah nilai secara online dengan mudah.

Berita baik buat orang ramai! Nampaknya impian ini akan menjadi kenyataan tidak lama lagi.

TAMBAH NILAI DENGAN NFC MELALUI APLIKASI TNG EWALLET

Terkini, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TnG Digital Sdn. Bhd Ignatius Ong berkata Kad Touch n Go baharu itu akan membolehkan pengguna menambah baki dengan mudah:

  • Menggunakan port didayakan-NFC melalui aplikasi TnG eWallet
  • Kemudahan ini dikatakan akan dilancarkan dalam beberapa minggu akan datang

Kad Touch ‘n Go yang kami ada dalam edaran sejak 20 tahun lepas tidak mempunyai keupayaan untuk menambah nilai terus kad anda daripada eWallet kerana anda memerlukan pembaca kad khusus untuk benar-benar melakukan transaksi atas sebab-sebab keselamatan.

PENDIGITALAN INDUSTRI PERDAGANGAN DAN PEMBAYARAN MENJADI TELALU PESAT

Pendigital industri perdagangan dan pembayaran menjadi terlalu pesat dalam tempoh 2 tahun lepas akibat pandemik Covid-19 dengan pelanggan memilik kaedah pembayaran secara alternatif.

Lebih 100% pertumbuhan dalam Pertukaran Proses Kewangan (PFX), salah satu platform untuk memudahkan transaksi e-dagang yang dikendalikan oleh PayNet pada 2020 dan lebih daripada 70% pertumbuhan pada 2021.

Memandangkan lebih banyak perniagaan membuka pintu mereka untuk transaksi bersemuka, ini tidak bermakna kita kembali sepenuhnya kepada transaksi tunai atau sistem pembayaran digital yang terhad.

Nota: Sebarang makluman tentang pelaksanaan kemudahan tambah nilai kad Touch n Go secara online akan dimaklumkan kemudian.
Sumber
Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.