Takwim Penggal Persekolahan 2020 Dipinda, Cuti Sekolah Dikurangkan Kepada 13 Hari Sahaja
Setelah sekian lama sekolah dicutikan akibat pandemik COVID-19 yang menular di seluruh negara, Kementerian Pendidikan Malaysia(KPM) telah memaklumkan sekolah akan dibuka semula pada 24 Jun 2020.
Namun, pembukaan sekolah itu hanya melibatkan pelajar Tingkatan 5 dan 6 yang akan menduduki peperiksaan awam SPM, SVM, STAM, STPM dan peperiksaan antarabangsa yang setara.
Bagi membantu pihak sekolah membuat perancangan pengajaran dan pembelajaran murid, KPM telah membuat pindaan Takwim Penggal Persekolahan Tahun 2020 yang melibatkan semua murid.
Anda boleh dapatkan Takwim Penggal Persekolahan Tahun 2020 di perkongsian bawah.
Isi Kandungan
PINDAAN TAKWIN PERSEKOLAHAN TAHUN 2020
Pindaan melibatkan Cuti Pertengahan Penggal 2 yang telah dikurangkan daripada sembilan (9) hari kepada lima (5) hari bagi sekolah-sekolah Kumpulan A (Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu) dan Kumpulan B (Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya).
Cuti Akhir Tahun bagi sekolah-sekolah Kumpulan A akan dikurangkan daripada 42 hari kepada 14 hari manakala sekolah-sekolah dalam Kumpulan B akan dikurangkan daripada 41 hari kepada 13 hari.
Jumlah hari persekolahan secara bersemuka berdasarkan pindaan Takwim Penggal Persekolahan Tahun 2020 adalah sebanyak 168 hari bagi semua sekolah.
TAKWIM PENGGAL PERSEKOLAHAN 2020
Berikut adalah Takwim Penggal Persekolahan 2020. Anda boleh download juga melalui pautan yang disertakan di bawah.