Tajaan Yuran Pengajian Program YTP-Ulul Albab MARA 2020 Bagi Lepasan SPM

Majlis Amanah Rakyat (MARA) dengan kerjasama Tabung Amanah Zakat UNITEN (TAZU) menawarkan tajaan Program YTP-Ulul Abab 2020 bagi pelajar lepasan SPM untuk pengajian di Universiti Tenaga Nasional kemasukan September 2020.

Berikut adalah maklumat lanjut untuk semakan syarat penajaan dan cara membuat permohonan.

Isi Kandungan

BIDANG PENGAJIAN YANG DITAWARKAN

Maklumat berkenaan Tahfiz adalah seperti di bawah:

MAKLUMAT TAJAAN

Tajaan yang ditawarkan adalah meliputi perkara berikut:

  • Yuran Pengajian Asas (RM15,000-RM17,000)
  • Yuran Ijazah Sarjana Muda (RM49,000-RM75,000)
  • Yuran Pensijilan Tahfiz JAKIM-UNITEN (RM14,000)
  • Wang Saku.

Nota : Yuran Pendaftaran (RM1,348), Yuran Sumber (RM1,560/setahun), Yuran Penginapan (dari RM220/sebulan, jika tinggal di kampus) dan insurans tahunan TIDAK ditaja di bawah program ini.

SYARAT PENAJAAN

Syarat-syarat yang perlu dipenuhi oleh pemohon untuk menerima tajaan adalah seperti berikut:

Syarat Umum

  • Memperoleh sekurang-kurangnya Gred B bagi ENAM (6) subjek yang telah ditetapkan oleh MARA mengikut bidang pengajian.
  • Lulus ujian hafazan yang dikendalikan oleh UNITEN.
  • Pemohon DAN salah seorang ibu atau bapa berstatus Bumiputera dan warganegara Malaysia.
  • Ibu, bapa, penjaga serta pelajar TIDAK DISENARAI HITAM atau sedang dalam tindakan undang-undang MARA.
  • Pelajar tidak menerima bantuan kewangan dan tajaan dari mana-mana penaja atau agensi untuk pengajian di peringkat yang sama.
  • Lulus pemeriksaan kesihatan.
  • Pelajar dikehendaki menamatkan pengajian dalam tempoh yang diluluskan sahaja.
  • Tempoh tambahan bagi sambungan atau mengulang tidak akan dipertimbangkan dan hendaklah dibiayai oleh pelajar sendiri.
  • MARA & TAZU berhak untuk meminda syarat-syarat tajaan, meminda tatacara pembayaran, atau menarik balik atau membatalkan kelulusan pinjaman pelajaran di atas tanpa sebarang notis.

Syarat Akademik

  • Pelajar perlu memperoleh sekurang-kurangnya Gred B dalam ENAM (6) subjek berikut:
    i) Bahasa Melayu
    ii) Bahasa Inggeris
    iii) Matematik
    iv) Matematik Tambahan
    vi) Fizik
    v) Kimia
  • Tiada Gred C dalam keputusan peperiksaan SPM yang sama.

CARA MEMOHON

Permohonan tajaan kini dibuka sehingga 31 Ogos 2020. Pemohon yang memenuhi syarat kelayakan boleh buat permohonan sekarang secara online di pautan berikut:

Hanya calon yang disenarai pendek sahaja yang akan dihubungi. Permohonan yang tidak mendapat maklumbalas dari UNITEN satu (1) bulan dari tarikh tutup permohonan dianggap tidak berjaya.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi pegawai UNITEN seperti berikut:

  • Kejuruteraan & Sains Komputer
    Ustaz Hafizan – 013-2129365
    Pak Ariff – 019-3668275
    En Irwandi – 019-9644520
    En Samsuddin – 019-6135096
  • Perakaunan & Pengurusan Perniagaan
    Pn Nik Fanidautty – 019-6940874

Tajaan Yuran Pengajian Program YTP-Ulul Albab MARA 2020 Bagi Lepasan SPM

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma