Permohonan Tajaan Untuk Melanjutkan Pengajian Kursus ACCA 2020

Berita baik buat pelajar-pelajar lepasan Ijazah Perakaunan!

Lembaga Zakat Negeri Kedah dengan kerjasama Malaysia Professional Accountancy (MyPAC) menawarkan tajaan untuk anak-anak Kedah untuk melanjutkan pengajian dalam kelayakan perakaunan Professional ACCA (Association of Chartered Certified Accountant).

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut mengenai syarat kelayakan permohonan tajaan dan cara membuat permohonan.

KELEBIHAN PERAKAUNAN PROFESIONAL ACCA

Antara kelebihan melanjutkan pengajian dalam kelayakan perakaunan professional adalah:

  • Permintaan yang tinggi terhadap akauntan professional dan semua sektor dan industri
  • Peluang Kerjaya yang luas di dalam dan luar negara
  • Kelayakan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa
  • Perkembangan kerjaya yang progresif

SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah syarat kelayakan untuk permohonan tajaan kursus ACCA:

  • Islam
  • Berumur 25 tahun ke bawah
  • Sedang menetap di Kedah sekurang-kurangnya 2 tahun
  • Memenuhi syarat kelayakan asnaf di bawah kiraan had kifayah Lembaga Zakat Negeri Kedah
  • Minimum 3.0 CGPA daripada universiti yang diiktiraf oleh ACCA
  • Pengecualian kredit daripada ACCA untuk 9 mata pelajaran
  • Bersetuju menjalani program secara sepenuh masa

JENIS TAJAAN

Jenis tajaan penuh yang ditawarkan kepada pemohon yang layak adalah:

  • Yuran Pengajian
  • Yuran ACCA
  • Penginapan
  • Elaun Sara Hidup

CARA MEMOHON

Permohonan secara dalam talian boleh dibuat sehingga 17 Ogos 2020 untuk ambilan September 2020. Log masuk ke akaun Gmail dan klik pautan di bawah untuk mengisi permohonan:

Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi pihak MyPAC di talian 012 919 0210 atau emel ke alamat info@mypac.org.my atau bahagian pendidikan Lembaga Zakat Negeri Kedah di talian 04 733 1740. 

Permohonan Tajaan Untuk Melanjutkan Pengajian Kursus ACCA 2020

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma