Tawaran Pembiayaan Tabung Usahawan Belia FELDA (TUBF) Untuk Pengukuhan Perniagaan
Warga FELDA telah melangkah jauh dalam pelbagai sektor keusahawanan. Kini, FELDA mengorak langkah memperkasa aspirasi melahirkan usahawan digital menerusi inisiatif Program Pembangunan Peneroka (PPP) dan Tabung Usahawan Belia FELDA (TUBF).
Peluang ini sangat bagus dan usahawan muda digalakkan untuk rebut peluang ini. TUBF dengan dana pusingan berjumlah RM10 juta merupakan salah satu inisiatif Kerajaan dan FELDA untuk membantu usahawan FELDA meningkatkan ekonomi terutamanya usahawan golongan belia.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut pembiayaan ditawarkan dan panduan buat permohonan.
Isi Kandungan
TABUNG USAHAWAN BELIA FELDA (TUBF)
Berikut adalah beberapa maklumat penting berkenaan TUBF yang anda perlu tahu:
- Pinjaman mudah kepada usahawan golongan belia (anak, cucu dan cicit peneroka/ pentadbir) lingkungan umur 18 – 40 tahun
- Keutamaan diberi kepada usahawan belia dalam rancangan FELDA
- Dana pusingan berjumlah RM10 juta oleh FELDA
- Pembiayaan secara sistem dana pusingan dengan kerjasama pihak perbankan
- Pinjaman tanpa faedah selama 3 tahun tempoh bayaran
- Usahawan belia FELDA haruslah berdaftar dengan SSM atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
MANFAAT TAMBAHAN PEMINJAM TUBF
Antara manfaat tambahan yang diberikan kepada peminjam TUBF adalah:
- Diberi kursus indusksi secara percuma
- Bimbingan insentif bersama rakan pelaksana selama 3bulan
KADAR PINJAMAN
Kadar pinjaman ditawarkan pada kadar berikut:
- Usahawan sedia ada: RM10,000 – RM20,000
- Usahawan baharu: RM5,000 – RM15,000
Antara pakej perniagaan yang ditawarkan kepada peminjam adalah:
- Usahawan sedia ada: 4 pakej perniagaan (perkhidmatan, kraf, perniagaan, perusahaan)
- Usahawan baharu: 4 pakej perniagaan (kiosk makanan, bakeri, andaman, jahitan, it, car wash)
SYARAT KELAYAKAN
Tawaran adalah terbuka kepada usahawan yang berkelayakan seperti berikut:
- Usahawan sedia ada: Urusniaga sekurang-kurangnya 1 tahun
- Usahawan baharu: Urusniaga sekurang-kurangnya 6 bulan
CARA MOHON
Sekiranya anda usahawan yang memerlukan pembiayaan yang ditawarkan dan berkelayakan seperti dinyatakan di atas, anda boleh buat permohonan pada:
- Usahawan sedia ada: Mulai Ogos 2022
- Usahawan baharu: Mulai Januari 2023
Makluman berkenaan kaedah permohonan akan dimaklumkan oleh FELDA dari masa ke semasa. Untuk sebarang pertanyaan lanjut berkenaan pembiayaan ditawarkan, anda boleh hubungi Jabatan Pembangunan Usahawan FELDA di talian 03-2191 2152/2029/2052/2012/2051/2180 atau melayari laman web https://felda.gov.my/.