Biasiswa Ulul Albab Yayasan UMPSA 2026 Dibuka: Peluang Emas Mahasiswa Cemerlang (Tarikh Tutup 8 Mei) •Kepentingan Matematik SPM: Subjek Penentu Masa Depan Pelajar Malaysia (Ramai Terlepas Pandang) •Ramai Tak Tahu! Ini Cara Mohon Bantuan Baik Pulih Rumah Kedah (Layak Boleh Baiki Rumah Percuma) •Bantuan Dialisis Negeri Sembilan 2026: RM2,800 Untuk Pesakit Buah Pinggang (Semak Syarat & Cara Mohon) •Baucar Kita Selangor 2026: Bantuan RM600 Untuk B40 & M40 (Semak Syarat, Cara Mohon & Tarikh Agihan) • Biasiswa Ulul Albab Yayasan UMPSA 2026 Dibuka: Peluang Emas Mahasiswa Cemerlang (Tarikh Tutup 8 Mei) •Kepentingan Matematik SPM: Subjek Penentu Masa Depan Pelajar Malaysia (Ramai Terlepas Pandang) •Ramai Tak Tahu! Ini Cara Mohon Bantuan Baik Pulih Rumah Kedah (Layak Boleh Baiki Rumah Percuma) •Bantuan Dialisis Negeri Sembilan 2026: RM2,800 Untuk Pesakit Buah Pinggang (Semak Syarat & Cara Mohon) •Baucar Kita Selangor 2026: Bantuan RM600 Untuk B40 & M40 (Semak Syarat, Cara Mohon & Tarikh Agihan) •

Pengurangan Waktu Bekerja Kepada 45 Jam Seminggu Berkuatkuasa Mulai 1 September 

Oleh Cikgu Shaari • August 11, 2022 • 2 min baca

Pengurangan Waktu Bekerja Kepada 45 Jam Seminggu Berkuatkuasa Mulai 1 September 
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Berita baik buat pekerja di Malaysia! Pekerja di negara ini dibenarkan untuk memohon aturan kerja fleksibel (AKF) kepada majikan masing-masing mengikut pindaan Akta Kerja 1955 berkuat kuasa 1 September 2022.

Pindaan bagi Akta Kerja 1955 berhubung pengurangan waktu bekerja mingguan daripada 48 jam kepada 45 jam juga akan dikuatkuasakan berkuatkuasa mulai September 2022.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut pengurangan waktu bekerja mingguan yang bakal berkuatkuasa.

PENGURANGAN WAKTU BEKERJA

Pindaan bagi Akta Kerja 1955 berhubung pengurangan waktu bekerja mingguan adalah:

  • daripada 48 jam kepada 45 jam seminggu

Penguatkuasaan pengurangan waktu bekerja ini akan berkuatkuasa pada:

  • Mulai 1 September 2022

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim ketika memberitahu perkara itu di Dewan Negara pada Selasa berkata pindaan itu adalah bagi:

  • menjaga kebajikan pekerja dan memberi fleksibiliti waktu bekerja, selaras dengan Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO).

Selain itu, pindaan ini juga memperkenalkan seksyen baharu mengenai aturan kerja fleksibel untuk:

  • bolehkan pekerja memohon pada majikan bagi melaksanakan pekerjaan ikut kesesuaian waktu kerja, hari bekerja atau tempat kerja termasuk bekerja dari rumah bagi situasi terdesak seperti pandemik COVID-19.

Setakat hari ini, tiada cadangan atau libat urus untuk kita tetapkan empat hari bekerja di peringkat kementerian.

PANDUAN PERMOHONAN ATURAN KERJA FLEKSIBEL (AKF)

Berikut adalah panduan buat permohonan Aturan Kerja Fleksibel (AKF):

  1. Pekerja hanya perlu membuat surat permohonan berkenaan kepada majikan
  2. Majikan pula perlu memberi jawapan dalam tempoh 60 hari
  3. Dalam surat jawapan bertulis majikan kepada pekerja, mereka perlu nyatakan sama ada menerima permohonan atau menolak permohonan dengan alasan yang perlu dinyatakan

Dapatkan info lanjut berkenaan Aturan Kerja Fleksibel (AKF) DI SINI.

Sumber

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.