Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) • Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) •

Tawaran Tabung Pendidikan Kakitangan Kerajaan PDT Untuk Sambung Pengajian

Oleh Cikgu Shaari • June 28, 2021 • 2 min baca

Tawaran Tabung Pendidikan Kakitangan Kerajaan PDT Untuk Sambung Pengajian
Visual Archive // 2021
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Tabung Pendidikan Kakitangan Kerajaan Kumpulan Pelaksana (TPKKKP) diperkenalkan sejak tahun 2018 bertujuan menggalakkan penjawat awam Johor melanjutkan pelajaran mereka ke tahap yang lebih tinggi. Program bantuan ini digerakkan oleh Permodalan Darul Ta’zim (PDT) dengan Kerjasama Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor (YRZSNJ).

Penjawat Awam di Johor yang berhasrat untuk sambung pengajian ke peringkat lebih tinggi boleh mohon tabung pendidikan yang ditawarkan.

Semak syarat kelayakan dan download borang permohonan di perkongsian bawah.

SYARAT AM PERMOHONAN

Berikut adalah syarat-syarat am permohonan yang perlu dipenuhi:

  • Terbuka kepada Kakitangan Perkhidmatan Awam Negeri Johor (Lantikan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Johor dan Badan-badan Berkanun).
  • Khusus untuk kakitangan kumpulan sokongan dan pelaksana sama ada lantikan secara tetap atau kontrak.
  • Sedang mengikuti pengajian peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda secara sepenuh masa atau separuh masa di Universiti Awam sahaja.
  • Tiada had umur ditetapkan.
  • Tempoh mengikuti pengajian mestilah berbaki lebih 2 semester daripada tempoh permohonan.
  •  Pemohon belum pernah menerima bantuan Tabung Pendidikan Kakitangan Kerajaan Kumpulan Pelaksana PDT atau mana-mana bantuan yang dilaksanakan oleh Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor.
  • Pemohon mestilah mendapat sokongan daripada Ketua Jabatan.
  • Penerima bantuan adalah diwajibkan untuk menyertai program anjuran Permodalan Darul Ta’zim selama lima (5) tahun iaitu dari tarikh bantuan diterima.

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Permohonan mestilah disertakan bersama dokumen berikut:

  • Salinan sah surat tawaran kemasukan ke Universiti Awam
  • Salinan surat pengesahan status perkhidmatan
  • Salinan sah kad pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkahwin)
  • Salinan sah slip gaji pemohon jika berkahwin – Slip gaji pasangan
  • Salinan Transkrip akademik/ keputusan peperiksaan terkini
  • Sijil kematian/ penceraian (jika berkaitan)
  • Sijil-sijil kelayakan daripada badan-badan profesional/ ikhtisas (jika ada)
  • Sijil-sijil penyertaan program/ aktiviti di peringkat daerah negeri (jika ada)

CARA MOHON

Permohonan Tabung Pendidikan Kakitangan Kerajaan Kumpulan Pelaksana PDT boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan yang disediakan dan hantar ke alamat emel berikut:

  • secretariat@rajazarithsofiah.foundation

Hantar borang permohonan yang lengkap diisi beserta dokumen yang dinyatakan sebelum atau pada tarikh tutup permohonan iaitu 30 Jun 2021.

Klik butang di bawah untuk download borang permohonan:

BORANG PERMOHONAN TABUNG PENDIDIKAN KAKITANGAN KERAJAAN PDT

Untuk maklumat lanjut, anda boleh terus ke laman https://www.pdt.com.my

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.