Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) • Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) •

Program JaminKerja 2.0: Syarat Kelayakan & Kadar Insentif Terkini Buat Pencari Kerja

Oleh Cikgu Shaari • September 13, 2022 • 2 min baca

Program JaminKerja 2.0: Syarat Kelayakan & Kadar Insentif Terkini Buat Pencari Kerja
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Berita baik buat pencari kerja! Kementerian Sumber Manusia dengan kerjasama PERKESO telah memperkenalkan Program Jamin Kerja 2.0 yang bakal memberi manfaat kepada beberapa golongan pencari kerja yang dinyatakan. Melalui program ini, kategori yang disebutkan akan diberi keutamaan dalam mendapat peluang pekerjaan!

Jika anda atau kenalan anda termasuk dalam golongan yang dinyatakan ini dan masih sedang mencari kerja, ini merupakan peluang terbaik untuk anda! Jangan lepaskan peluang ini, pastikan anda buat pendaftaran pencarian kerja segera melalui saluran yang disediakan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut dan kategori yang bakal diberi keutamaan dalam peluang pekerjaan melalui Program Jamin Kerja 2.0.

SYARAT KELAYAKAN

Program JaminKerja 2.0 akan memberi manfaat kepada pencari kerja yang berkelayakan seperti berikut:

Wanita

  • Wanita/ Ibu Tunggal/ Suri Rumah yang tidak aktif bekerja
  • Tawaran kerja secara fleksibel sekurang-kurangnya dalam tempoh 40 jam seminggu

Pekerjaan Di Bawah Sektor Utama

  • Majikan dibawah sektor berkaitan pelancongan mengikut pendaftaran SSM
  • Individu menganggur sekurang-kurangnya 60 hari

Golongan Rentan

  • Individu menganggur bagi tempoh 180 hari dan ke atas
  • Penerima Faedah Sistem insurans Pekerjaan (SIP)
  • Peserta Return To Work (RTW) PERKESO
  • Bekas Tentera
  • Orang Asli
  • Bekas Banduan/ Orang Yang Diparol
  • Orang Kurang Upaya (OKU)
  • Pekerja berumur 50 tahun ke atas
  • Golongan B40 / Miskin Tegar/ Asnaf

Penggantian Pekerja Asing & Pegawai Dagang

  • Bagi jawatan kemahiran rendah dan kemahiran tinggi (Pekerja tempatan yang menggantikan jawatan pekerja asing/ pegawai dagang)
  • Individu menganggur sekurang-kurangnya 60 hari

KADAR INSENTIF JAMINKERJA 2.0

Kadar insentif JamminKerja 2.0 akan diberikan selama 12 bulan maksimum seperti berikut:

Wanita, Pekerjaan Di Bawah Sektor Utama & Golongan Rentan

  • Bulan 1 – 6: Insentif 30% daripada gaji pekerja
  • Bulan 7 – 12: Insentif 40% daripada gaji pekerja

Penggantian Pekerja Asing & Pegawai Dagang

  • Bulan 1 – 6: Insentif 20% daripada gaji pekerja
  • Bulan 7 – 12: Insentif 30% daripada gaji pekerja

Insentif bagi Pekerja sebanyak 10% daripada gaji pekerja dibayar terus kepada pekerja (minima RM300).

SYARAT GAJI MINIMA & TEMPOH KONTRAK

Pekerja yang akan terima manfaat melalui JaminKerja 2.0 adalah pekerja dengan gaji minima dengan tempoh kontrak seperti berikut:

Wanita, Pekerjaan Di Bawah Sektor Utama & Golongan Rentan

  • Gaji minima: RM1,500 sebulan
  • Tempoh kontrak: Tetap/ Kontrak minimum 12 bulan

Penggantian Pekerja Asing & Pegawai Dagang

  • RM1,500 bagi menggantikan Pekerja Asing
  • RM3,000 bagi menggantikan Pegawai Dagang
  • Tetap/ Kontrak minimum 12 bulan

BANTUAN MOBILITI

Dengan tawaran gaji kasar maksimum RM10,000,  pekerja yang berjaya mendapat tawaran kerja akan terima bantuan mobiliti:

  • Bantuan RM500 secara one-off dibayar terus ke dalam akaun pekerja

Untuk maklumat lanjut berkenaan Program JaminKerja 2.0, anda boleh terus ke laman web rasmi www.myfuturejobs.gov.my.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.