Syarat Kelayakan Pengambilan Khas Guru KPM Secara One-Off
Baru-baru ini Kementerian Pendidikan telah mengumumkan pengambilan 18,702 calon guru baru iaitu bagi mengisi kekosongan jawatan Pegawai Pendidikan Gred DG41 secara one-ff untuk mengatasi kekurangan guru di negara ini khususnya membabitkan negeri dan mata pelajaran tertentu.
Pengambilan khas secara one off bermaksud pengambilan yang dilakukan SEKALI SAHAJA. Graduan pendidikan dan bukan pendidikan di luar sana dinasihatkan untuk rebut peluang ini kerana selepas ini dah tiada lagi peluang seperti ini!
Pasti ramai yang tertanya-tanya, apa kelayakan yang diperlukan untuk mengisi kekosongan pengambilan khas guru kan? Dalam penjelasan Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia baru-baru ini ada menekankan syarat kelayakan graduan bagi pengambilan khas guru kali ini.
Baca juga: Penjelasan Maksud Pengambilan Khas Guru Secara One-Off
Isi Kandungan
SYARAT PENGAMBILAN KHAS GURU
Berikut adalah syarat pengambilan khas guru seperti yang diberi penekanan dalam penjelasan sebelum ini:
- Warganegara Malaysia
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
- Graduan yang memiliki iktisas (IPG)
- Graduan Sarjana Muda dalam Pendidikan
- Graduan Sarjana Muda awam yang memiliki Diploma Pendidikan
- Graduan yang tidak memiliki Sarjana Muda dengan pendidikan juga boleh memohon (mengikut kesesuaian bidang dan perlu menjalani Diploma Pendidikan sebelum lantikan)
- Keutamaan akan diberikan kepada graduan pendidikan
PENEMPATAN CALON YANG LAYAK
- Pemohon yang layak akan mula mendapat penempatan bermula Oktober 2021
- Bakal guru dinasihatkan agar bersedia untuk ditempatkan di mana-mana sahja demi memenuhi keperluan negara.
CARA MEMOHON
Sekiranya anda merupakan graduan yang memenuhi syarat kelayakan di atas, anda boleh buat permohonan mengikut iklan tawaran yang akan dikeluarkan pada 7 Julai 2021 nanti. Untuk persediaan awal, anda boleh lihat langkah-langkah membuat permohonan di sini:
Memandangkan kes penularan wabak Covid-19 di negara kita masih berleluasa, temuduga bagi calon yang layak berkemungkinan akan dilaksanakan secara atas talian. Memandangkan pengambilan khas ini hanya SEKALI SAHAJA, calon dinasihatkan untuk buat persediaan awal agar TIDAK GAGAL dan berjaya mendapat penempatan khas ini.