Cuti Tahunan 8 Hari Je, Boleh Ke Ambil Lebih 2 Hari Berturut-turut? Ini Penjelasan Yang Pekerja Kena Tahu •9 Pagi Sampai 6 Petang Bukan 9 Jam Kerja? Ini Sebab Ramai Pekerja Keliru Tentang Waktu Rehat •Boleh Ke Pergi Terus Ke Syarikat Untuk Tanya Kerja Kosong? Ini Etika Walk-In Yang Calon Kena Tahu •Boleh Ke Tanya Cara Kerja Syarikat Masa Temuduga? Jangan Salah Tanya, Ini Panduan Untuk Calon •Ramai Tak Tahu, Daftar Penderma Organ Boleh Dibuat Dalam MySejahtera. Ini Syarat & Cara Daftar Dengan Betul • Cuti Tahunan 8 Hari Je, Boleh Ke Ambil Lebih 2 Hari Berturut-turut? Ini Penjelasan Yang Pekerja Kena Tahu •9 Pagi Sampai 6 Petang Bukan 9 Jam Kerja? Ini Sebab Ramai Pekerja Keliru Tentang Waktu Rehat •Boleh Ke Pergi Terus Ke Syarikat Untuk Tanya Kerja Kosong? Ini Etika Walk-In Yang Calon Kena Tahu •Boleh Ke Tanya Cara Kerja Syarikat Masa Temuduga? Jangan Salah Tanya, Ini Panduan Untuk Calon •Ramai Tak Tahu, Daftar Penderma Organ Boleh Dibuat Dalam MySejahtera. Ini Syarat & Cara Daftar Dengan Betul •

eStart: Syarat Pemberian Bantuan RM150 One-Off Kepada Belia & Pelajar IPT

Oleh Cikgu Shaari • November 1, 2021 • 1 min baca

eStart: Syarat Pemberian Bantuan RM150 One-Off Kepada Belia & Pelajar IPT
Visual Archive // 2021
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Kerajaan merangka Bajet 2022 dengan faktor “Wow” yang dikatakan akan memberi manfaat kepada semua pihak sejajar dengan konsep Keluarga Malaysia yang menjamin tiada seorang pun tercicir daripada agenda pemulihan negara setelah mengalami kesukaran hidup akibat pandemik Covid-19.

Bagi memupuk budaya transaksi tanpa tunai di premis perniagaan, Kerajaan memperkenalkan program e-Start iaitu sebuah Skim Transaksi Tanpa Tunai. Lebih 2 juta belia akan menerima manfaat daripada program ini dengan peruntukan 300 juta ringgit.

Ikuti perkongsian di bawah untuk semak syarat kelayakan pemberian eStart.

OBJEKTIF eSTART

Tujuan kerajaan memperkenalkan program eStart adalah:

  • Bagi memupuk budaya transaksi tanpa tunai di premis perniagaan

KADAR BANTUAN eSTART

Bantuan melalui eStart iaitu e-Skim Transaksi Tanpa Tunai akan diberikan kepada belia yang layak sebanyak:

  • RM150 secara one-off

Kerajaan akan mengkreditkan jumlah tersebut kepada akaun e-dompet para belia dan pelajar yang layak.

SYARAT KELAYAKAN eSTART

Pemberian eStart adalah kepada individu yang memenuhi syarat kelayakan berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Belia 18 hingga 20 tahun
  • Pelajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi

TARIKH & CARA MOHON

Tarikh dan cara buat permohonan eStart kepada golongan belia dan pelajar IPT yang berkelayakan masih belum dimaklumkan. Perkongsian ini AKAN DIKEMASKINI setelah mendapat makluman baru daripada pihak kerajaan.

Diharapkan belia dapat menggunakan sebaiknya dengan pembelian buku dan kelengkapan pembelajaran.

eStart: Syarat Pemberian Bantuan RM150 One-Off Kepada Belia & Pelajar IPT

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.