BPR Bujang 2021: Semak Syarat & Permohonan Bantuan RM350 Bujang 21 Tahun Ke Atas

Bujang berumur 21 tahun ke atas yang layak boleh mohon bantuan BPR kategori Bujang 2021 pada tahun ini. Semak syarat kelayakan BPR Bujang 2021 dan permohonan BPR Bujang 2021 di bawah.

Menurut pembentangan Belanjawan 2021, Bantuan Sara Hidup (BSH) yang akan digantikan kepada Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) pada tahun 2021 akan memanfaatkan 8.1 juta orang dengan peruntukan RM6.5 bilion.

Ada berita baik buat bujang berumur 21 tahun ke atas. Anda kini layak untuk mohon bantuan BPR kategori bujang! Dalam bantuan BSH sebelum ini, hanya bujang 40 tahun ke atas sahaja layak terima bantuan.

Namun kini bujang berumur 21 tahun ke atas juga layak untuk mohon BPR kategori bujang yang akan dibuka nanti.

KADAR BANTUAN BPR BUJANG 2021

Individu bujang yang layak akan terima BPR kategori bujang 2021 dengan kadar berikut:

  • Kadar bantuan BPR bujang 2021: RM350 setiap orang

BPR Bujang 2021: Semak Syarat & Permohonan Bantuan RM350 Bujang 21 Tahun Ke Atas

Baca: Kadar Bantuan BPR 2021 Manegikut Kategori 

SYARAT KELAYAKAN BPR KATEGORI BUJANG 2021

Antara syarat kelayakan penerimaan bantuan bujang dalam BPR bujang 2021 adalah:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 21 tahun ke atas
  • Berpendapatan RM2,500 ke bawah

Sudah semak syarat kelayakan penerimaan bantuan BPR kategori bujang 2021, adakah anda termasuk dalam kategori yang layak memohon BPR bujang 2021? Jika layak, anda boleh mohon BPR kategori bujang 2021 pada tarikh yang ditetapkan.

TARIKH MOHON BPR BUJANG 2021

Menurut kenyataan, tarikh pembukaan permohonan BPR kategori bujang 2021 kepada penerima baharu akan dibuka pada:

  • Tarikh Mohon BPR Bujang 2021: Dijangka pada 23 Januari 2021

PERMOHONAN BARU BPR BUJANG 2021

Memandangkan kategori penerima diperluaskan, bagi mereka yang sudah ada dalam pangkalan data (penerima sedia ada) akan diteruskan.

Bagi mereka yang layak BPR Bujang 2021 tetapi belum berdaftar, pihak Kementerian Kewangan bercadang membuka untuk pendaftaran permohonan baharu BPR Kategori Bujang 2021 pada awal tahun depan atau dijangka sebelum hujung Januari melalui:

  • Cara Mohon BPR Bujang 2021: AKAN DIKEMASKINI

Menurut makluman, pembayaran BPR Bujang 2021 akan dibuat secara ansuran sebanyak dua kali iaitu bayaran pertama sebelum aidilfitri 2021.

Baca juga: Jadual Pembayaran BPR 2021 Setiap Kategori

Walaubagaimanapun, sekiranya ada makluman baru mengenai permohonan BPR kategori bujang 2021, perkongsian akan dikemaskini dari masa ke semasa.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma