Syarat Kelayakan Kenaikan Pangkat Dalam Perkhidmatan Awam
Kenaikan pangkat dalam Perkhidmatan Awam adalah peningkatan secara hakiki dari satu gred ke suatu gred yang lebih tinggi dalam perkhidmatan dan skim perkhidmatan yang sama dengan kelulusan Lembaga Kenaikan Pangkat.
Seseorang pegawai hanya layak dipertimbangkan kenaikan pangkat sekiranya telah memenuhi semua syarat kenaikan pangkat yang ditetapkan dalam skim perkhidmatannya dan terdapat kekosongan jawatan kenaikan pangkat itu, melainkan jika skim perkhidmatan memperuntukkan selainnya.
Baca juga: 6 Sebab Calon Masih Tidak Mendapat Panggilan SPA
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut mengenai syarat umum kelayakan untuk kenaikan pangkat.
Isi Kandungan
SYARAT UMUM KELAYAKAN KENAIKAN PANGKAT
Mengikut Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat Dan Penamatan Perkhidmatan 2012) [P.U. (A) 1/2012], faktor untuk seseorang pegawai dipertimbangkan kenaikan pangkat adalah seperti berikut:
- Disahkan dalam perkhidmatan
- Mencapai tahap prestasi yang ditetapkan
- Diperaku oleh Ketua Jabatan / Ketua Perkhidmatan
- Bebas dari hukuman tatatertib
- Telah mengisytiharkan harta
- Lulus tapisan keutuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
- Bebas daripada disenaraikan sebagai Peminjam Pendidikan Tegar daripada institusi pinjaman pendidikan
- Kecekapan dan prestasi kerja
- Kelayakan, pengetahuan, kemahiran dan pengalaman
- Sifat-sifat peribadi, termasuk kesesuaiannya dengan jawatan kenaikan pangkat itu, keutuhan, potensi dan kepimpinan
- Kegiatan luar dan sumbangan kepada negara dan masyarakat; dan
- Aspek lain yang difikirkan relevan oleh Lembaga Kenaikan Pangkat.
JAWATAN UNTUK KENAIKAN PANGKAT
Jawatan tetap yang boleh diisi bagi tujuan kenaikan pangkat hendaklah memenuhi kriteria berikut:
- Jawatan yang ditetapkan skim perkhidmatannya
- Jawatan yang diwujudkan sama ada melalui Anggaran Belanja Mengurus (ABM) atau waran perjawatan
- Jawatan yang kosong secara hakiki disebabkan oleh penyandangnya dinaikkan pangkat, ditukar tetap, bersara, meninggal dunia, meletak jawatan, dibuang kerja, ditamatkan perkhidmatan atau dilantik ke skim perkhidmatan lain
- Jawatan yang skim perkhidmatannya tidak mensyaratkan kekosongan antaranya skim perkhidmatan Pegawai Penyelidik dan Pegawai Perkhidmatan Pengajian Tinggi.
PEGAWAI YANG TIDAK LAYAK KENAIKAN PANGKAT
Pegawai berikut adalah tidak layak dipertimbangkan kenaikan pangkat:
- Tidak memenuhi syarat umum
- Pegawai bukan lantikan tetap
- Pegawai memangku dan kemudiannya dibersarakan demi kepentingan awam atau demi kepentingan perkhidmatan awam
- Pegawai yang telah dikenakan hukuman tatatertib
Pegawai yang sedang dalam siasatan tatatertib atau SPRM layak dipertimbangkan dalam sesuatu urusan pemangkuan / kenaikan pangkat dan statusnya hendaklah dimaklumkan kepada Lembaga Kenaikan Pangkat.
Baca juga: 12 Kelebihan Bekerja Dalam Perkhidmatan Awam
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk panduan penjawat awam yang berhasrat untuk memohon kenaikan pangkat dalam jawatan Perkhidmatan Awam.