Tawaran Pengajian Sarjana Muda Di USIM Melalui Mod Kemasukan Isi Rumah B40

Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) kini membuka peluang melanjutkan pengajian ke Program Sarjana Muda dalam pelbagai bidang bagi sesi akademik 2022/2023 melalui Mod Kemasukan Isi Rumah 40% terendah (Bottom 40% Household) atau B40.

Pelajar lepasan STPM / STAM / Matrikulasi / Diploma / Setaraf yang berkelayakan dipelawa untuk memohon kemasukan ke program Sarjana Muda USIM melalui mod ini dengan membuat permohonan lengkap sebelum atau pada 10 September 2022 tanpa sebarang yuran proses. Permohonan ini adalah permohonan terus ke Universiti Sains Islam Malaysia melalui portal USIM.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut tawaran pengajian Sarjana Muda di USIM dan panduan buat permohonan.

TEMPOH PERMOHONAN

Permohonan kemasukan ke Program Sarjana Muda USIM bagi sesi akademik 2022/2023 melalui Mod Kemasukan Isi Rumah 40% terendah boleh dibuat sehingga:

  • Tarikh tutup permohonan: 10 September 2022

SYARAT KEMASUKAN

Tawaran adalah terbuka kepada individu yang berkelayakan seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Pendapatan keluarga (isi rumah) berjumlah RM4,850 dan ke bawah
  • Memenuhi Syarat Am dan Syarat Khas mengikut program

Semak syarat khas bagi setiap program pengajian DI SINI.

PROGRAM PENGAJIAN DITAWARKAN

Tawaran adalah terbuka bagi menyambung pengajian bagi program berikut:

  • SARJANA MUDA DA’WAH DAN PENGURUSAN ISLAM DENGAN KEPUJIAN
  • SARJANA MUDA PENGAJIAN AKIDAH DAN AGAMA DENGAN KEPUJIAN
  • SARJANA MUDA KOMUNIKASI DENGAN KEPUJIAN
  • SARJANA MUDA KOMUNIKASI MEDIA BAHARU DENGAN KEPUJIAN
  • SARJANA MUDA PENGURUSAN DENGAN PELANCONGAN (KEPUJIAN)
  • SARJANA MUDA PENGURUSAN DENGAN PELANCONGAN (KEPUJIAN) (MOD 3U1I)
  • SARJANA MUDA PENGAJIAN QURAN DAN SUNNAH DENGAN KEPUJIAN
  • SARJANA MUDA PENGAJIAN QURAN DENGAN MULTIMEDIA DENGAN KEPUJIAN
  • SARJANA MUDA PENGAJIAN SUNNAH DENGAN PENGURUSAN MAKLUMAT DENGAN KEPUJIAN
  • SARJANA MUDA FIQH DAN FATWA DENGAN KEPUJIAN
  • SARJANA MUDA SYARIAH (INDUSTRI HALAL) DENGAN KEPUJIAN
  • SARJANA MUDA UNDANG-UNDANG DAN SYARIAH DENGAN KEPUJIAN
  • SARJANA MUDA BAHASA ARAB DENGAN KOMUNIKASI (KEPUJIAN)
  • SARJANA MUDA BAHASA ARAB DAN KESUSASTERAAN ISLAM DENGAN KEPUJIAN
  • SARJANA MUDA BAHASA INGGERIS DENGAN PERDAGANGAN (KEPUJIAN)
  • SARJANA MUDA PEMASARAN (PERKHIDMATAN KEWANGAN) DENGAN KEPUJIAN
  • SARJANA MUDA PERBANKAN DAN KEWANGAN ISLAM DENGAN KEPUJIAN
  • SARJANA MUDA PERAKAUNAN DENGAN KEPUJIAN
  • SARJANA MUDA PENTADBIRAN MUAMALAT DENGAN KEPUJIAN
  • SARJANA MUDA PENTADBIRAN KORPORAT DENGAN KEPUJIAN
  • SARJANA MUDA SAINS DENGAN KEPUJIAN (MATEMATIK KEWANGAN)
  • SARJANA MUDA SAINS DENGAN KEPUJIAN (SAINS AKTUARI DAN PENGURUSAN RISIKO)
  • SARJANA MUDA SAINS KOMPUTER DENGAN KEPUJIAN (KESELAMATAN DAN JAMINAN MAKLUMAT)
  • SARJANA MUDA SAINS DENGAN KEPUJIAN (BIOTEKNOLOGI MAKANAN)
  • SARJANA MUDA TEKNOLOGI INDUSTRI KESIHATAN DENGAN KEPUJIAN
  • SARJANA MUDA SAINS DENGAN KEPUJIAN (TEKNOLOGI KIMIA INDUSTRI)
  • SARJANA MUDA SAINS DENGAN KEPUJIAN (FIZIK GUNAAN)
  • SARJANA MUDA KEJURUTERAAN ELEKTRIK DENGAN KEPUJIAN
  • SARJANA MUDA KEJURUTERAAN ELEKTRONIK DENGAN KEPUJIAN

CARA MOHON

Sekiranya anda berminat untuk sambung pengajian peringkat Sarjana Muda di USIM bagi sesi akademik 2022/2023 dan memenuhi syarat kelayakan di atas, anda boleh buat permohonan secara dalam talian melalui portal berikut:

Hanya permohonan yang lengkap, memenuhi syarat yang dimohon melalui portal https://eug.usim.edu.my sebelum atau pada tarikh tutup permohonan sahaja akan dipertimbangkan.

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma