Syarat Kelayakan Penerima Bantuan Khas Covid-19 Kategori Miskin Tegar, B40 & M40

Kerajaan terkini telah mengambil maklum isu kelewatan bayaran Bantuan Khas Covid-19 (BKC) yang sepatutnya dilaksanakan pada bulan Ogos yang lalu. Oleh itu, kerajaan telah mengarahkan Kementerian Kewangan menyegerakan pembayaran BKC. Pada 1 September 2021 dana berjumlah RM3.1 bilion telah disalurkan kepada institusi perbankan yang berkaitan.

Proses pengkreditan Fasa 1 akan bermula pada 6 September 2021 dan dijangka selesai pada 10 September 2021. BKC akan memanfaatkan seramai 10 juta penerima yang terdiri daripada kategori miskin, B40 dan M49 serta golongan bujang yang berkelayakan.

Anda dalam kategori mana? Nak tahu syarat kelayakan bagi setiap kategori penerima BKC, semak di bawah.

SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BKC

Miskin Tegar

Berdasarkan kriteria kelayakan BPR 2021 dengan jumlah pendapatan:

  • Isi rumah/ Warga emas – RM5,000 dan ke bawah
  • Bujang – RM2,500 dan ke bawah

Golongan B40

  • Isi rumah/ Warga emas – RM5,000 dan ke bawah
  • Bujang – RM2,500 dan ke bawah

Golongan M40

Melaporkan cukai pendapatan dengan jumlah pendapatan:

  • Isi rumah – RM5,001 hingga RM9,000
  • Bujang – RM2,051 hingga RM5,000

KADAR BAYARAN SETIAP KATEGORI

Bayaran BKC bagi setiap kategori adalah berbeza mengikut kategori. Semak kadar bayaran di bawah:

Untuk makluman anda, bayaran Bantuan Khas Covid-19 adalah secara berfasa, kerajaan telah memaklumkan bayaran BKC fasa pertama adalah mulai 6 September 2021 hingga 10 September 2021. Anda hanya perlu tunggu wang masuk ke akaun masing-masing secara berperingkat dalam tempoh yang ditetapkan.

Rujuk: Jadual Bayaran BKC Setiap Fasa

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma