Cara Dapatkan Gambar Rasmi Pemimpin Negara Secara Sah – Elak Salah Guna & Risiko Undang-Undang •Main Game Boleh Jadi Duit? Ini Cara Jana Pendapatan Melalui E-Sukan Di Malaysia •Gagal Temuduga SPP? Jangan Sedih, Ini Laluan Guru Sekolah Swasta Yang Ramai Terlepas Pandang •Nak Jadi Pilot Tapi Tak Mampu Bayar RM350K? Ini Laluan TUDM Yang Ramai Tak Tahu •Buat Resume Guna Phone Dalam 15 Minit – Cara Paling Mudah (Siap PDF Terus Hantar!) • Cara Dapatkan Gambar Rasmi Pemimpin Negara Secara Sah – Elak Salah Guna & Risiko Undang-Undang •Main Game Boleh Jadi Duit? Ini Cara Jana Pendapatan Melalui E-Sukan Di Malaysia •Gagal Temuduga SPP? Jangan Sedih, Ini Laluan Guru Sekolah Swasta Yang Ramai Terlepas Pandang •Nak Jadi Pilot Tapi Tak Mampu Bayar RM350K? Ini Laluan TUDM Yang Ramai Tak Tahu •Buat Resume Guna Phone Dalam 15 Minit – Cara Paling Mudah (Siap PDF Terus Hantar!) •

Tidak Perlu Buat Ujian Pengesahan Covid-19 Untuk Melancong Ke Langkawi

Oleh Cikgu Shaari • October 13, 2021 • 2 min baca

Tidak Perlu Buat Ujian Pengesahan Covid-19 Untuk Melancong Ke Langkawi
Visual Archive // 2021
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Projek Rintis Gelembung Pelancongan Langkawi telah dilaksanakan mulai 16 September 2021. Bagi memastikan setiap pelancong yang akan bercuti ke Langkawi bukan kes positif Covid-19 dan bukan kontak rapat kepada kes positif, kerajaan telah mewajibkan setiap pelancong menjalani ujian pengesanan Covid-19.

Namun setelah membuat siasatan kes positif di Langkawi, siasatan mendapati punca jangkitan adalah bukan di Langkawi dan tiada kluster Covid-19 yang berpunca dari gelembung pelancongan di Langkawi.

Oleh itu, kerajaan telah memutuskan untuk membatalkan keperluan ujian pengesanan Covid-19 bagi pelancong yang ingin ke Langkawi.

KEBENARAN RENTAS NEGERI UNTUK MELANCONG

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin merujuk kepada pengumuman yang dibuat oleh YAB Perdana Menteri pada 10 Oktober 2021 mengenai kebenaran merentas negeri bagi Keluarga Malaysia yang telah menerima vaksin lengkap, tanpa perlu memohon kebenaran daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Pergerakan rentas negeri yang bermula pada 11 Oktober ini adalah termasuk:

  • Perjalanan pulang ke kampung
  • Perjalanan untuk melancong

PEMBATALAN UJIAN PENGESANAN COVID-19 UNTUK KE LANGKAWI

Sehubungan itu, KKM telah menyemak semula keperluan pengujian status jangkitan Covid-19 sebelum melancong ke Langkawi. Mengambil kira peratus pelancong yang dikesan positif semasa saringan yang sangat rendah, KKM memutuskan untuk memberhentikan keperluan ujian pengesanan Covid-19.

Pemberhentian keperluan menjalani ujian oleh pengembara ke Langkawi ini berkuatkuasa mulai:

  • Mulai 12 Oktober 2021

Bagaimanapun sebagai langkah mengukuhkan tindakan kesihatan awam kendiri, para pelancong digalakkan untuk melakukan ujian Covid-19 kendiri sebelum memulakan perjalanan ke Langkawi bagi mengurangkan risiko jangkitan kepada pelancong lain.

SYARAT WAJIB MELANCONG

Untuk makluman anda, individu yang ingin merentas negeri bagi tujuan pulang ke kampung atau melancong perlu:

  • Lengkap vaksin Covid-19

Bagi individu yang disahkan positif dan sedang dalam tempoh pengasingan dan pemantauan atau individu yang dikenal pasti sebagai kontak rapat kepada kes postif yang sedang menjalani perintah kuarantin dan pengawasan, mereka TIDAK DIBENARKAN melancong.

Bagi mereka yang mengalami gejala seperti demam, batuk dan selsema, dinasihatkan agar menangguhkan dahulu perjalanan.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.