Baucar Jom Shopping Perayaan Dinaikkan RM200, Ini Syarat Kelayakan Bantuan

Setiap kali perayaan, warga Selangor yang kurang berkemampuan sentiasa diberi Baucar Jom Shopping oleh Kerajaan Negeri untuk dibelanjakan agar kegembiraan dikongsi bersama. Mulai tahun 2023, Kerajaan Negeri Selangor telah memaklumkan bahawa baucar Jom Shopping Perayaan dinaikkan lagi dari RM100 kepada RM200.

Menurut Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, Baucar Jom Shopping ini akan memberikan manfaat kepada 82,400 orang dengan peruntukan keseluruhan sebanyak RM16.48 juta. Langkah ini menunjukkan keprihatinan kerajaan negeri terhadap ekonomi dan keperluan rakyatnya.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut tawaran bantuan Baucar Jom Shopping Perayaan tahun 2023.

PENAMBAHBAIKAN BAUCAR JOM SHOPPING PERAYAAN SELANGOR

Mulai tahun 2023, Kerajaan Negeri Selangor telah memaklumkan bahawa baucar Jom Shopping Perayaan ditambahbaik seperti berikut:

  • Kadar bantuan Baucar Jom Shopping Perayaan dinaikkan dari RM100 kepada RM200
  • Kriteria had pendapatan isi rumah bagi penerima manfaat ditingkatkan daripada RM2,000 kepada RM3,000 sebulan

TIGA PERAYAAN UTAMA

Program yang dijalankan sejak 2012 itu merupakan program bantuan yang dilaksanakan bersempena tiga perayaan utama iaitu:

  • Tahun Baru Cina
  • Hari Raya Aidilfitri
  • Deepavali

TUJUAN BAUCAR JOM SHOPPING

Pada tahun lalu sebanyak RM7.3 juta telah diperuntukkan dan sejumlah RM7,083,900 telah dibelanjakan oleh seramai 70,995 penerima rakyat Selangor bagi tujuan:

  • pembelian barangan keperluan dalam menyambut perayaan masing- masing
  • meringankan bebanan keluarga yang kurang berkemampuan bagi membuat persiapan menyambut perayaan.

SYARAT KELAYAKAN BAUCAR JOM SHOPPING PERAYAAN

Antara kriteria-kriteria penerima bantuan yang layak bagi setiap perayaan adalah seperti berikut:

  • Penerima bantuan adalah masyarakat yang menyambut perayaan Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidilfitri dan Deepavali;
  • Penerima bantuan mempunyai pendapatan seisi rumah RM3,000 dan ke bawah;
  • Penerima bantuan mestilah pengundi berdaftar di DUN berkenaan;
  • Hanya seorang penerima bantuan sahaja yang layak menerima baucar bagi setiap keluarga; dan
  • Penerima bantuan bukan penerima manfaat di bawah Program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) atau Jom Shopping Skim Mesra Usia Emas (SMUE).

Oleh yang demikian, pelaksanaan Program Jom Shopping Perayaan ini telah mengambil kira berdasarkan 3 kelompok etnik utama di Malaysia dimana penganut Kristian turut tergolong di dalam 2 etnik utama iaitu Cina dan India sebagai penerima baucer bagi Program Jom Shopping berdasarkan syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma