Kerja 6 Hari Seminggu Masih Normal? Ini Cara Jawab Soalan Temuduga Yang Ramai Calon Tersalah Jawab •Waktu Terbaik Mohon Kerja Tahun 2026: Ramai Tak Sedar Timing Resume Boleh Pengaruhi Peluang Dipanggil Interview •Resume Bahasa Inggeris Kini Jadi Keperluan? Ini Waktu Terbaik Hantar Resume Untuk Mohon Kerja Tahun 2026 •Suka Kucing? Ini Cara Jadikan Minat Anda Sebagai Kerjaya Dan Sumber Pendapatan Di Malaysia •Jumpa IC Orang Jangan Terus Upload Di Facebook, Ini Risiko Yang Ramai Tak Sedar • Kerja 6 Hari Seminggu Masih Normal? Ini Cara Jawab Soalan Temuduga Yang Ramai Calon Tersalah Jawab •Waktu Terbaik Mohon Kerja Tahun 2026: Ramai Tak Sedar Timing Resume Boleh Pengaruhi Peluang Dipanggil Interview •Resume Bahasa Inggeris Kini Jadi Keperluan? Ini Waktu Terbaik Hantar Resume Untuk Mohon Kerja Tahun 2026 •Suka Kucing? Ini Cara Jadikan Minat Anda Sebagai Kerjaya Dan Sumber Pendapatan Di Malaysia •Jumpa IC Orang Jangan Terus Upload Di Facebook, Ini Risiko Yang Ramai Tak Sedar •

Permohonan Pra Pendaftaran Kelahiran Dalam Talian Melalui Sistem JPN

Oleh Cikgu Shaari • December 7, 2022 • 2 min baca

Permohonan Pra Pendaftaran Kelahiran Dalam Talian Melalui Sistem JPN
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Berita baik buat ibu-ibu yang bakal atau baru melahirkan! Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) telah memperkenalkan Sistem Pra Pendaftaran Kelahiran, iaitu suatu inisiatif JPN bagi merakyatkan perkhidmatan awam dengan membuka platform Sistem Pra Pendaftaran Kelahiran dalam talian untuk rayat.

Melalui sistem ini, pelanggan mempunyai tempoh masa yang panjang untuk hadir ke pejabat JPN bagi mendapatkan sijil kelahiran. Sistem ini dikatakan mudah dicapai, mudah digunakan, efektif serta selamat dan mudah diakses.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut dan panduan permohonan Pra Pendafataran Kelahiran melalui sistem secara atas talian.

SYARAT PERMOHONAN

Permohonan pra pendaftaran kelahiran dalam talian dibuka kepada:

  • Ibu kanak-kanak yang memiliki kad pengenalan bertaraf Warganegara (MyKad)/ Pemastautin Tetap (MyPR)/ Pemastautin Sementara (Mykad)/ Passport/ Kad UNHCR/ Pas Lawatan (IMM13)/ Permit masuk/ Sijil Warganegara/ Sijil Kelahiran
  • Pendaftaran kelahiran dalam talian ini dibuka kepada kelahiran yang berlaku di Fasiliti kesihatan kerajaan atau swasta
  • Tempoh kelahiran tidak melebihi 60 hari (Semenanjung) dan 14 hari (Sabah dan Sarawak) daripada tarikh kelahiran kanak-kanak

LANGKAH PERMOHONAN

Berikut adalah langkah-langkah permohonan pra-pendaftaran kelahiran secara dalam talian:

  1. Daftar di MyGovernment terlebih dahulu. Layari www.jpn.gov.my untuk pilih perkhidmatan serta log masuk atau daftar pengguna baru jika pertama kali mendaftar
  2. Baca semua terma dan syarat dan klik butang Setuju jika setuju
  3. Lengkapkan maklumat yang dalam sistem Pra Pendaftaran Kelahiran dalam talian dan klik butang Daftar
  4. Permohonan berjaya didaftarkand an sila cetak slip permohonan untuk dibawa ke kaunter JPN

Untuk maklumat lanjut sistem Pra Pendaftaran Kelahiran secara atas talian, anda boleh terus ke laman web https://osdftrlhr.jpn.gov.my/

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.