Syarat Kelayakan & Cara Mohon Bantuan Awal Persekolahan KPM 2023, Terima RM150 Setiap Pelajar Sekolah

Bantuan Awal Persekolahan (BAP) mula diperkenalkan pada tahun 2012 bertujuan untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan anak-anak yang ditanggung ibu bapa atau penjaga terutamanya pada awal tahun. Bantuan ini diberikan kepada murid-murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya dari kalangan keluarga yang berpendapatan rendah.

Sebelum ini Bantuan Awal Persekolahan diberikan sebanyak RM100 kepada setiap pelajar yang layak. Namun bagi tahun 2023, Kerajaan bersetuju untuk meningkatkan kadar Bantuan Awal Persekolahan kepada RM150.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut peningkatan kadar Bantuan Awal Persekolahan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

KADAR BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN TAHUN 2023

Bagi tahun 2032, Kerajaan bersetuju untuk menyediakan Bantuan Awal Persekolahan sebanyak:

  • RM150 iaitu meningkat berbanding RM100 sebelum ini.
  • Pemberian Bantuan Awal Persekolahan adalah secara one-off

KRITERIA KELAYAKAN

Pemberian Bantuan Awal Persekolahan kepada murid-murid dibuat berdasarkan kriteria berikut:

  • Murid warganegara Malaysia (perlu dibuktikan dengan sijil lahir/mykid/mykad yang disahkan atau apa-apa dokumen yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia) ;
  • Murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf
  • Bantuan diberikan kepada SEMUA murid TANPA had pendapatan
  • Bantuan ini diberikan kepada murid-murid yang bersekolah di Sekolah Kerajaan (SK), Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK), Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Agama Negeri dan Sekolah Swasta (selain sekolah antarabangsa).
Nota: Sebarang pindaan syarat kelayakan bagi penerimaan Bantuan Awal Persekolahan akan dimaklumkan sekiranya ada.

KAEDAH PENYALURAN

Bantuan akan disalurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) secara berperingkat terus ke:

  • Akaun Kumpulan Wang Kerajaan (KWK) sekolah; atau
  • Akaun Khas Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bagi sekolah yang tidak mempunyai Akaun KWK

Setiap sekolah yang sudah terima wang bantuan akan mengeluarkan satu tarikh pengagihan wang bantuan kepada murid-murid yang layak. Tarikh pengagihan Bantuan Awal Persekolahan kepada murid akan dimaklumkan oleh pihak sekolah.

Nota: Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) akan memastikan wang bantuan diagihkan kepada pelajar dalam tempoh tempoh 14 hari dari tarikh penyata bank diterima bagi bulan di mana peruntukan dikreditkan ke akaun KWK sekolah.

CARA MOHON

Setiap pelajar sekolah yang berkelayakan tidak perlu membuat permohonan secara individu untuk mendapatkan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) bernilai RM150. Pihak sekolah akan mengeluarkan senarai nama murid yang layak dan memaklumkan kepada mereka mengenai agihan bantuan.

Sekiranya ada murid yang belum pernah menerima Bantuan Awal Persekolahan sebelum ini dan ingin memohon bantuan, anda boleh buat permohonan melalui Borang Permohonan yang disediakan. Maklumkan kepada pihak sekolah untuk urusan permohonan.

Sebarang maklumat lanjut mengenai pemberian Bantuan Awal Persekolahan tahun 2023 akan dimaklumkan sekiranya terdapat maklumat baru dari KPM.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma