Susunan Yang “Cantik” Perkenalkan Diri Dalam Temuduga. Penemuduga Pun Tertarik Nak Dengar

“Sila perkenalkan diri anda”. Ini adalah salah satu soalan yang PASTI akan ditanya dalam setiap temuduga. Walaupun nampak mudah tetapi kalau tak bersedia pasti calon akan gagap di soalan ini. Apa yang difahamkan dengan “perkenalkan diri” pastinya ceritakan serba sedikit tentang diri anda.

Namun calon perlu tahu, ada perkara yang perlu calon ceritakan, ada juga yang tidak perlu untuk soalan ini. Penemuduga tanya soalan seperti ini bukan suka-suka, tetapi mereka nak lihat keyakinan diri calon.

Tak tahu macam mana susunan yang betul ketika perkenalkan diri? Apa yang perlu diceritakan dulu? Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui sususan yang cantik perkenalkan diri dalam temuduga.

SUSUNAN PERKENALKAN DIRI SEMASA TEMUDUGA

Perkara pertama yang anda perlu lakukan sebelum perkenalkan diri adalah mulakan dengan ucapan terima kasih kepada panel penemuduga atas peluang temuduga dan peluang untuk perkenalkan diri.

Setelah ucapan terima kasih, anda dah boleh mula perkenalkan diri ikut susunan berikut:

1. Perkenalkan Nama, Asal, Latar Belakang Keluarga

Bila dah selesai ucap terima kasih, anda boleh mula perkenalkan tentang diri sendiri. Mulakan dengan nama, umur, asal mana, bilangan adik beradik dan siapa ibu bapa. Setelah itu, baru ceritakan tentang keluarga sendiri, status perkahwinan, bilangan anak nyatakan umur, siapa suami, pekerjaan suami, dan tinggal di mana sekarang.

Semua maklumat diri dan keluarga anda hanya perlu secara RINGKAS sahaja, tidak perlu sampai 3 minit pun.

2. Latar Belakang Pendidikan

Mulakan dari Sekolah Menengah dan seterusnya pengajian tinggi sekiranya anda. Jika anda mendapat keputusan yang agak mengagumkan, anda boleh nyatakan keputusan sekali (ini akan menarik minat panel utk melihat sijil-sijil dalam file yang telah kita berikan), jika ada pencapaian kokurikulum di sekolah atau universiti, anda boleh nyatakan juga.

Jika anda pernah menjawat jawatan yang tinggi dengan penglibatan yang aktif dalam aktiviti di sekolah atau universiti, anda boleh jelaskan juga bagi membuktikan anda mempunyai sifat kepimpinan yang tinggi.

3. Pengalaman Kerja

Sekiranya ada gap dr konvo ke pekerjaan tetap, sila nyatakan yang anda banyak membuat odd job/ part time seperti berniaga online, jadi pembantu gerai jualan atau sebagainya  (ini ialah point utk menegaskan bahawa kita seseorang yang memerlukan kerja/ suka bekerja.

Nyatakan pengalaman kerja mengikut tahun (jika banyak tukar-tukar kerja). Nyatakan core job scope sahaja secara general, tekan kan pencapaian contoh dipilih oleh syarikat untuk menghadiri kursus berbayar yang ada ujian untuk lesen atau sijil. nyatakan project involvement. (ini semua penting kerana secara tidak langsung kita telah memberitahu panel bahawa kita adalah pekerja yang bagus) gunakan medium pitch semasa explain.

4. Aktiviti Lain

Dalam masa anda bekerja, jika anda ada buat aktiviti luar atau kemasyarakatan, anda boleh nyatakan aktiviti tersebut dan nyatakan sekali tahun aktiviti tersebut beserta maklumat ringkas.

5. Kelebihan Diri

Yakin dengan kelebihan-kelebihan diri yang anda ada? Nyatakan beberapa kelebihan yang ada, terutamanya yang berkaitan dengan kerja. Anda boleh ceritakan jenis kerja yang anda boleh buat dan pastikan ia berkaitan dengan skop tugas jawatan yang dimohon. Ceritakan kelemahan diri jika ditanya sahaja.

6. Kemahiran Kerja

Nyatakan kemahiran yang anda ada dan yang anda dapat dari pendidikan serta pengalaman-pengalaman kerja yang lepas. Contohnya ISO, system, data analysis dan sebagainya.

7. Penutup

Setelah selesai perkenalkan diri dan ceritakan setiap perkara tentang diri anda, anda boleh tamatkan sesi perkenalkan diri anda dengan ucapan terima kasih. Seterusnya, tunggu soalan selanjutnya dari pihak penemuduga.

Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu anda memperkenalkan diri dalam temuduga dengan lancar nanti.

Selamat maju jaya!

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma