Senarai Surat Penting Yang Perlu Disimpan Untuk Urusan Kenaikan Pangkat/ Pencen Nanti
Pegawai Perkhidmatan di bawah Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) diminta ambil perhatian berkaitan perkara ini. Setiap surat daripada SPP/ SPA yang berkaitan dengan perkhidmatan, pastikan anda simpan dengan baik dan selamat!
Jangan ambil mudah ya, surat-surat ini akan digunakan pada masa akan datang untuk memudahkan urusan kenaikan pangkat atau pencen. Pastikan anda simpan surat-surat ini di tempat yang selamat dan jangan hilangkan.
Ikuti perkongsian di bawah untuk semak senarai surat-surat penting yang anda perlu simpan untuk kemudahan pelantikan atau pencen nanti.
Isi Kandungan
SENARAI SURAT PENTING YANG PERLU DISIMPAN
Berikut adalah senarai surat penting yang anda perlu simpan dengan baik untuk kemudahan urusan pada masa akan datang terutama untuk urusan kenaikan pangkat atau pencen nanti:
- Surat Tawaran Pelantikan
- Surat Pengesahan Pelantikan
- Surat Pengesahan Dalam Perkhidmatan
- Surat Pemberian Taraf Berpencen
- Surat Kenaikan Pangkat/ Gred
- Surat-surat Pertukaran Sekolah
- Surat Kelulusan Cuti Tanpa Gaji
- Surat Tindakan Tatatertib
CARA SIMPAN SURAT-SURAT PENTING
Setiap orang perlu sediakan 1 fail khas untuk dokumen penting perkhidmatan kita. Berikut adalah contoh kaedah simpan surat penting perkhidmatan untuk simpanan sendiri:
- Cetak dan simpan dalam satu fail khas (hard copy)
- Simpan dalam satu fail di komputer (soft copy)
Ketiadaan surat-surat penting ini akan menyukarkan urusan anda nanti terutamanya ketika proses kenaikan pangkat, gred dan juga pencen. Jangan ambil mudah, pastikan anda simpan baik-baik ya!
Semoga bermanfaat.