Contoh Surat Akuan Pengesahan Pendapatan Bagi Yang Bekerja Sendiri Gantikan Slip Gaji
Surat Akuan Pengesahan Pendapatan adalah khusus buat individu yang bekerja sendiri dan tidak mempunyai slip gaji. Baru-baru ini kerajaan telah membuka permohonan Bantuan Khas Ibu Tunggal melalui pelan PENJANA. Permohonan ini memerlukan pemohon memuat naik beberapa dokumen.
Baca juga: Daftar Permohonan Bantuan Ibu Tunggal RM300
Namun, tidak semua pemohon bekerja dengan majikan dan mempunyai slip gaji. Jadi, pemohon yang tidak mempunyai slip gaji diminta untuk menyediakan satu Surat Akuan Pengesahan Pendapatan sebagai pengesahan pendapatan.
Anda boleh dapatkan Surat Akuan Pengesahan Pendapatan di bawah.
Isi Kandungan
Kenapa Perlu Surat Akuan Pengesahan Pendapatan?
Surat Akuan Pengesahan Pendapatan ini adalah sebagai pengesahan pendapatan pemohon daripada daripada orang tertentu. Jadi, pemohon yang bekerja sendiri perlu menyatakan pendapatan mereka yang sebenar untuk mengisi sebarang permohonan. Pemohon yang menggunakan surat ini tidak akan berpeluang untuk menipu pendapatan mereka kerana mereka perlu dapatkan pengesahan.
Pengesahan pendapatan akan dilakukan oleh individu yang mengenali tahu jenis pekerjaan sendiri dan taraf hidup pemohon.
Siapa Yang Akan Membuat Pengesahan Pendapatan Pemohon?
Antara individu yang layak untuk membuat pengesahan pendapatan pemohon adalah:
- Ketua Kampung
- Ketua Penduduk
- Pesuruhjaya Sumpah
Download Surat Akuan Pengesahan Pendapatan
Anda boleh dapatkan Surat Akuan Pengesahan Pendapatan dengan klik pada butang yang disediakan di bawah.
Baca juga: Cara Buka Akaun KWSP Sendiri Bagi Yang Bekerja Sendiri Atau Berbisnes Online