Cara Refund Tiket ETS Online 2026: Panduan Lengkap Guna KITS (Elak Rugi) •Bagasi Rosak Selepas Flight? Ini Cara Claim Ganti Rugi Di Airport (Panduan Lengkap 2026) •Sekatan Perjalanan Ke Luar Negara: Cara Semak Status Cukai LHDN & Elak Kena Tahan Di Airport •Tak Pandai Masak? Ini Cara Jadi Vendor Makanan 2026 Yang Menguntungkan •Cara Beli Rumah Tanpa Modal 2026: Teknik Full Loan, KWSP & Skim Kerajaan (Panduan Lengkap) • Cara Refund Tiket ETS Online 2026: Panduan Lengkap Guna KITS (Elak Rugi) •Bagasi Rosak Selepas Flight? Ini Cara Claim Ganti Rugi Di Airport (Panduan Lengkap 2026) •Sekatan Perjalanan Ke Luar Negara: Cara Semak Status Cukai LHDN & Elak Kena Tahan Di Airport •Tak Pandai Masak? Ini Cara Jadi Vendor Makanan 2026 Yang Menguntungkan •Cara Beli Rumah Tanpa Modal 2026: Teknik Full Loan, KWSP & Skim Kerajaan (Panduan Lengkap) •

Muat Turun Surat Pengesahan Majikan Untuk Pinjaman Bank, Beli Rumah & Urusan Rasmi

Oleh Cikgu Shaari • November 6, 2020 • 2 min baca

Muat Turun Surat Pengesahan Majikan Untuk Pinjaman Bank, Beli Rumah & Urusan Rasmi
Visual Archive // 2020
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Tahu tak sekiranya anda ingin membuat pinaman bank untuk pembelian rumah, anda perlu dapatkan Surat Pengesahan Majikan atau Surat Pengesahan Jawatan? Kenapa surat ini diperlukan?

Surat ini diperlukan kerana ia merupakan satu bentuk dokumen yang boleh dijadikan bukti yang kukuh bahawa anda bekerja di sesuatu syarikat atau jabatan tersebut. Nak buat pinjaman, mestilah mempunyai pekerjaan yang kukuh.

Surat tersebut akan menunjukkan beberapa maklumat yang diperlukan seperti maklumat gaji dan tempoh perkhidmatan untuk memastikan kelayakan pinjaman pemohon.

TUJUAN SURAT PENGESAHAN JAWATAN

Surat pengesahan jawatan boleh digunakan untuk tujuan:

  • Pinjaman bank
  • Pembelian rumah
  • Permohonan bantuan
  • Pendaftaran UPU
  • Sambung belajar

MAKLUMAT PENTING DALAM SURAT PENGESAHAN MAJIKAN

Surat ini mestilah berformat. Antara isi kandungan penting yang perlu ada dalam surat ini adalah:

  • Letter Head syarikat
  • Nama syarikat
  • Alamat syarikat
  • Nama pekerja
  • Nombor kad pengenalan pekerja
  • Tempoh/tarikh mula berkhidmat
  • Status jawatan
  • Gaji pokok
  • Elaun tambahan

Anda boleh dapatkan contoh surat pengesahan majikan untuk urusan tertentu di perkongsian bawah. Muat turun dan edit mengikut kesesuaian kegunaan anda.

CONTOH SURAT PENGESAHAN MAJIKAN

Berikut adalah contoh surat pengesahan jawatan yang dikongsikan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Bagi pengesahan jawatan sektor swasta juga boleh menggunakan format ini.

CONTOH SURAT PENGESAHAN MAJIKAN UNTUK LOAN BANK, BELI RUMAH

Berikut adalah contoh surat pengesahan majikan sekiranya anda ingin membuat pinjaman bank atau membeli rumah.

Kedua-dua contoh surat ini boleh anda gunakan sebagai panduan. Anda hanya perlu muat turun, edit dan masukkan maklumat sesuai dengan anda.

Semoga bermanfaat!

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.