Positif Covid-19 & Kontak Rapat, Ini Cara Dapat Surat Perintah Kuarantin Di MySejahtera Untuk Rujukan Majikan
Anda diwajibkan untuk kuarantin apabila mendapat Perintah Pengawasan dan Pemerhatian (Home Surveillance Order- HSO) melalui aplikasi MySejahtera. Kegagalan anda mematuhi perintah ini merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 11(5) Akta 342 dan sekiranya disabitkan dengan kesalahan boleh dikenakan hukuman di bawah Seksyen 24 Akta 342.
Individu yang akan mendapat arahan kuarantin kendiri adalah kontak rapat atau individu bergejala setelah membuat laporan ujian kendiri di MySejahtera. Kontak rapat dan kes positif Covid-19 akan diminta untuk jalani kuarantin kendiri dalam tempoh kuarantin terkini yang ditetapkan.
Bagi yang dapat perintah kuarantin kendiri atau HSO, anda boleh dapatkan surat perintah kuarantin tersebut melalui MySejahtera sahaja dengan mudah untuk diserahkan kepada majikan.
Isi Kandungan
ARAHAN KUARANTIN KONTAK RAPAT
Sekiranya anda kontak rapat, anda akan menerima arahan kuarantin iaitu HSO melalui:
- Pejabat Kesihatan; atau
- Notifikasi MySejahtera; atau
- Mengisytiharkan sendiri status kontak rapat melalui MySejahtera
PANDUAN KUARANTIN KENDIRI
Berikut adalah panduan yang anda perlu lakukan sekiranya menerima perintah kuarantin kendiri:
- Istihar kendiri status positif Covid-19 atau kontak rapat melalui MySejahtera
- Anda akan terima Perintah Kuarantin atau HSO melalui MySejahtera, tiada lagi gelang dipakaikan sekarang
- Dapatkan surat perintah kuarantin kendiri di MySejahtera untuk diserahkan kepada majikan
- Anda cuma perlu kuarantin di rumah sahaja dan menjawab soalan HAT setiap hari sehingga tamat kuarantin
- Surat Pelepasan Kuarantin (RO) akan diberi secara digital setelah tamat tempoh kuarantin
LAPORAN UJIAN KENDIRI COVID-19
Sekiranya anda ada gejala dan merupakan kontak rapat kepada kes Covid-19, anda dinasihatkan untuk membuat ujian kendiri Covid-19 dengan test kit kendiri Covid-19 yang boleh didapatkan di farmasi dan mana-mana kedai berkaitan.
Sekiranya anda mendapati hasil ujian adalah postif, anda perlu buat laporan ujian kendiri melalui MySejahtera. Kini anda sudah tidak perlu hadir ke CAC untuk laporkan status Covid-19. Laporan ujian kendiri di MySejahtera boleh dibuat dengan ikut langkah berikut:
CARA DAPATKAN SURAT KUARANTIN KENDIRI DI MYSJ
Setelah selesai melaporkan status positif atau kontak rapat di MySejahtera anda boleh dapatkan Surat Perintah Kuarantin (HSO) dengan mudah di MySejahtera dengan ikut langkah berikut:
Orang ramai dinasihatkan untuk lengkapkan dos vaksinasi Covid-19 dan ambil dos penggalak bagi meningkatkan ketahanan diri terutamanya bagi kanak-kanak. Peningkatan kes kanak-kanak yang dijangkiti sejak akhir-akhir ini sangat ketara dan ibu bapa dinasihatkan untuk ambil langkah bijak demi menjaga kesihatan mereka.
Rujuk: Langkah Buat Tempahan Janji Temu Tarikh, Masa & Lokasi Vaksinasi Anak Melalui MySejahtera