SUPERB TERAJU: Mohon Geran Pembangunan Perniagaan Sehingga RM500,000
Program SUPERB atau dahulu dikenali sebagai Skim Usahawan Permulaan Bumiputera adalah program berasaskan pertandingan business pitching yang mengangkat idea perniagaan inovatif dan kreatif sebagai tema pertandingan. Program ini diwujudkan untuk mengenalpasti usahawan permulaan Bumiputera berdaya saing yang menerapkan amalan kreatif dan inovatif dalam penghasilan produk dan perniagaaan mereka.
Usahawan permulaan yang berjaya menyertai program SUPERB berpeluang menerima hadiah berupa geran pembangunan perniagaan. SUPERB terbuka kepada golongan belia Bumiputera yang berminat untuk menjadi usahawan ataupun syarikat Bumiputera yang telah beroperasi kurang daripada 3 tahun.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut program ditawarkan dan panduan buat permohonan.
Isi Kandungan
PROGRAM SUPERB TERAJU
TERAJU ditubuhkan pada tahun 2011 di bawah Jabatan Perdana Menteri sebagai organisasi strategik yang berperanan untuk menerajui, menyelaras dan memacu Agenda Bumiputera bertujuan meningkatkan penguasaan Bumiputera dalam ekonomi negara.
TERAJU mempelawa usahawan yang berminat menyertai Program SUPERB yang ditawarkan. SUPERB telah berjaya melahirkan seramai 208 usahawan permulaan Bumiputera dan telah membantu merealisasikan idea perniagaan mereka ke peringkat yang lebih tinggi sejak SUPERB dilancarkan pada tahun 2014.
GERAN PEMBANGUNAN PERNIAGAAN
Bagi permohonan yang berada di fasa pembentukan dan pembangunan idea atau prototaip akan berpeluang menerima geran pembangunan perniagaan berjumlah:
- sehingga RM100,000
Manakala, perniagaan yang sudah berada di fasa pra-komersial atau penkomersialan berpeluang menerima geran pembangunan perniagaan:
- sehingga RM500,000
TERMA DAN SYARAT
Penyertaan SUPERB adalah tertakluk kepada terma dan syarat berikut:
- Warganegara Malaysia bertaraf Bumiputera berusia 21 tahun hingga 40 tahun dan tidak muflis.
- Permohonan boleh dibuat secara individu atau menerusi syarikat yang ditubuhkan tidak lebih daripada tiga (3) tahun dari tarikh permohonan
Bagi tujuan permohonan oleh individu:
- Bumiputera bermaksud warganegara Malaysia yang merupakan:-
– orang Melayu seperti yang didefinisikan di dalam Artikel 160(2) Perlembagaan Persekutuan;
– orang asli seperti yang didefinisikan di dalam Akta Orang Asli 1954; atau
– pribumi negeri Sarawak atau Sabah seperti yang didefinisikan di dalam Artikel 161A(6) dan 161A(7) Perlembagaan Persekutuan Malaysia - Pemohon bukan individu yang muflis
Bagi tujuan permohonan oleh syarikat:
- Sekurang-kurangnya 60% saham dalam syarikat Pemohon adalah dimiliki oleh Bumiputera;
- Majoriti daripada pengarah dan pengurusan syarikat Pemohon adalah Bumiputera;
- Pemegang saham utama hendaklah berusia di antara 21 hingga 40 tahun;
- Semua pemegang saham syarikat bukan individu yang muflis; dan
- Syarikat Pemohon ditubuhkan tidak lebih daripada tiga (3) tahun dari tarikh permohonan dan merupakan sebuah syarikat yang solven.
Idea SUPERB yang dikemukakan oleh Pemohon adalah berdasarkan idea yang asli dan tidak pernah didaftarkan di bawah permohonan hakmilik harta intelek oleh mana-mana pihak.
TEMA PROJEK SUPERB 2021
berikut adalah tema-tema projek SUPERB yang telah dipilih oleh Jawatankuasa Penilaian SUPERB 2021:
- Ekonomo Digital
- Kewangan Islam
- Pelancongan
- Pembuatan
- Halal dan Makanan
- Pertanian dan Komoditi
- Pertahanan dan Keselamatan
- Pembinaan Modular
- Aeroangkasa
- Logistik, Pengangkutan dan Kelestarian Mobiliti
CARA MOHON
Individu yang berminat untuk sertai SUPERB dan memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan boleh buat permohonan melalui pautan berikut:
Permohonan boleh dibuat mula 27 September hingga 11 Oktober 2021. Anda boleh dapatkan maklumat lanjut mengenai program SUPERB TERAJU di laman web www.superb.teraju.gov.my.
Untuk sebarang pertanyaan lanjut, anda boleh hubungi TERAJU di talian 03 7839 8000.