Penyertaan Sukarelawan Pasukan Vaksinasi MyVac Dibuka. Elaun RM100 Sehari

MyVAC (Malaysia Vaccine Support Volunteers) merupakan satu inisiatif yang ditubuhkan hasil kerjasama antara Kementerian Kesihatan (KKM), Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi (MOSTI), Kementerian Belia & Sukan (KBS), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (MRCS) untuk membantu dalam pelancaran program imunisasi kerajaan dengan menempatkan individu yang bersedia berkhidmat dalam pasukan vaksinasi.

Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan akan dilaksanakan di 605 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di seluruh Malaysia. Dengan mendaftarkan diri, anda boleh memilih untuk berkhidmat di kawasan anda mengikut masa pilihan anda sendiri.

Semua rakyat Malaysia yang bersedia dan berkemampuan untuk menjadi sebahagian daripada pasukan vaksinasi dipelawa untuk mohon.

JENIS SUKARELAWAN

Jenis sukarelawan yang ditawarkan kepada orang ramai adalah:

  • Sukarelawan Kesihatan
  • Sukarelawan Bukan Kesihatan

SKOP KERJA SUKARELAWAN

Sukarelawan Bukan Kesihatan:

  • Membuat saringan suhu dan gejala
  • Membuat pendaftaran penerima vaksin menggunakan sistem MySejahtera dan MyVAS
  • Membantu mengedarkan borang kebenaran menerima vaksin
  • Mengawal dan mengurus orang ramai di PPV
  • Memberi bantuan kepada Pasukan Kesihatan
  • Memastikan SOP Covid-19 dipatuhi

Sukarelawan Kesihatan

  • Membuat saringan penerima vaksin
  • Mengendalikan penerima vaksin yang mempunyai gejala
  • Memberi penerangan dan konsultasi berkaitan dengan pemberian vaksin
  • Mengawasi semua penerima di Ruang Permerhatian
  • Berkhidmat sebagai Vaksinator

SYARAT KELAYAKAN SUKARELAWAN

Individu yang berminat untuk sertai aktiviti sukarela ini mestilah memenuhi syarat kelayakan berikut:

  • Berumur 18 tahun ke atas
  • Mempunyai Nombor Perubatan APC/ARC yang sah (hanya untuk Sukarelawan Kesihatan SAHAJA)
  • Sihat dan tidak menghidapi sebarang penyakit kronik atau ketidakupayaan
  • Tidak mempunyai risiko pendedahan kepada jangkitan Covid-19 dalam tempoh 14 hari

JANGKA MASA BERTUGAS

Jangka masa bertugas setiap sukarelawan adalah terbahagi kepada dua (2) sesi iaitu:

  • Satu Sesi: Enam (6) jam satu sesi. Sukarelawan MyVac perlu bertugas sekurang-kurangnya enam (6) jam bagi mendapat bayaran token minimum;
  • Dua (2) sesi: Maksimum 12 jam atau bergantung kepada waktu operasi PPV. Sekiranya terdapat PPV yang beroperasi kurang dari 12 jam, maka sukarelawan tersebut akan dianggap bertugas untuk satu hari.

GANJARAN SUKARELAWAN

Mengambil prinsip bahawa MyVac ini adalah satu program sukarelawan yang berlandaskan kepada semangat ingin melibatkan diri di dalam usaha memastikan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan dapat dilaksanakan sebaik yang mungkin demi kesejahteraan negara, hanya bayaran saguhati sukarelawan akan diberikan mengikut kadar seperti di bawah:

  • RM100.00 untuk setiap sukarelawan yang bertugas selama dua sesi atau sepanjang tempoh waktu operasi PPV.
  • RM25.00 untuk setiap sukarelawan yang bertugas selama satu (1) sesi selama enam (6) jam.

Kad pengenalan diri dan vest akan disediakan kepada setiap sukarelawan yang bertugas. Di akhir program PICK, sijil akan dikeluarkan untuk setiap sukarelawan.

CARA DAFTAR

Berikut adalah panduan membuat pendaftaran menjadi sukarela MyVac:

  1. Daftar diri anda di laman web MyVAC @ www.myvac.com.my
  2. Mengesahkan akaun anda melalui emel anda
  3. Lengkapkan profil anda
  4. Jalankan semua modul latihan sukarelawan dan lulus kuiz
  5. Muat turun, cetak dan mengesahkan semua borang yang berkaitan
  6. Serahkan semua borang
  7. Menerima dan menandatangani Surat Tawaran Sukarelawan
  8. Pilih lokasi dan tarikh yang anda hendak berkhidmat
  9. Terima Kit Sukarelawan anda
  10. Mengesahkan Deklarasi Saringan Covid-19 sebelum tarikh lapor diri
  11. Melaporkan diri di Pusat Pemberian Vaksin

Untuk maklumat lebih lanjut berkenaan program sukarelawan MyVac, anda boleh terus ke laman https://www.myvac.com.my/

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma