Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) • Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) •

Cara Daftar Sebagai Sukarelawan Kesihatan Komuniti Selangor (SUKA)

Oleh Cikgu Shaari • August 16, 2021 • 2 min baca

Cara Daftar Sebagai Sukarelawan Kesihatan Komuniti Selangor (SUKA)
Visual Archive // 2021
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Kerajaan Negeri Selangor telah menubuhkan Sukarelawan Kesihatan Komuniti (SUKA) yang akan digerakkan di semua 56 DUN di Negeri Selangor. SUKA berperanan untuk membantu dan menjalankan program-program yang berkaitan kesihatan awam di peringkat komuniti.

Berminat untuk jadi seorang sukarelawan dan berkhidmat untuk negara? Jom sertai sukarelawan negeri Selangor sekarang! Pelbagai manfaat menanti anda.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut permohonan penyertaan Sukarelawan Kesihatan Komuniti Selangor (SUKA).

SUKARELAWAN KESIHATAN KOMUNITI SELANGOR (SUKA)

Sukarelawan Kesihatan Komuniti (SUKA):

  • Berperanan untuk membantu dan menjalankan program dan aktiviti yang berkaitan kesihatan awam di peringkat komuniti dengan tumpuan utama pada masa ini diberikan terhadap pandemik
  • Sukarelawan yang terpilih akan dilatih secara berkala dengan modul-modul bertemakan COvid-19 antaranya pengurusan pesakit Covid-19, ujian Covid-19 di rumah, tatacara pemeriksaan pesakit Covid-19 di rumah oleh sukarelawan kesihatan, latihan penggunaan Home Assessment Tools (HAT) dalam aplikasi SELangkah dan sebagainya.

MANFAAT SUKARELAWAN

Antara manfaat yang menanti anda adalah:

  • Skim Insurans Peduli Sihat (SIPS)
    **Untuk 1000 pendaftaran terawal dan tertakluk kepada terma dan syarat**
  • Kit Sukarelawan – Vest, Fabric Mask, Medical glove, PPE
  • Mendapat latihan percuma secara berkala

SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah syarat kelayakan menyertai sukarelawan SUKA:

  • Warganegara dan menetap di Selangor
  • Berumur 18 tahun ke atas
  • Sihat tubuh badan

CARA DAFTAR

Rakyat Selangor yang memenuhi syarat kelayakan dan berminat untuk mengerytai pasukan sukarela SUKA boleh buat pendaftaran penyertaan secara online sekarang. Penyertaan boleh dibuat di laman berikut:

PENDAFTARAN SUKARELAWAN KESIHATAN KOMUNITI SELANGOR (SUKA)

Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi alamat emel berikut:

  • sukakomuniti2021@gmail.com

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.