Cara Daftar Sebagai Sukarelawan Kesihatan Komuniti Selangor (SUKA)

Kerajaan Negeri Selangor telah menubuhkan Sukarelawan Kesihatan Komuniti (SUKA) yang akan digerakkan di semua 56 DUN di Negeri Selangor. SUKA berperanan untuk membantu dan menjalankan program-program yang berkaitan kesihatan awam di peringkat komuniti.
Berminat untuk jadi seorang sukarelawan dan berkhidmat untuk negara? Jom sertai sukarelawan negeri Selangor sekarang! Pelbagai manfaat menanti anda.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut permohonan penyertaan Sukarelawan Kesihatan Komuniti Selangor (SUKA).
Isi Kandungan
SUKARELAWAN KESIHATAN KOMUNITI SELANGOR (SUKA)
Sukarelawan Kesihatan Komuniti (SUKA):
- Berperanan untuk membantu dan menjalankan program dan aktiviti yang berkaitan kesihatan awam di peringkat komuniti dengan tumpuan utama pada masa ini diberikan terhadap pandemik
- Sukarelawan yang terpilih akan dilatih secara berkala dengan modul-modul bertemakan COvid-19 antaranya pengurusan pesakit Covid-19, ujian Covid-19 di rumah, tatacara pemeriksaan pesakit Covid-19 di rumah oleh sukarelawan kesihatan, latihan penggunaan Home Assessment Tools (HAT) dalam aplikasi SELangkah dan sebagainya.
MANFAAT SUKARELAWAN
Antara manfaat yang menanti anda adalah:
- Skim Insurans Peduli Sihat (SIPS)
**Untuk 1000 pendaftaran terawal dan tertakluk kepada terma dan syarat** - Kit Sukarelawan – Vest, Fabric Mask, Medical glove, PPE
- Mendapat latihan percuma secara berkala
SYARAT KELAYAKAN
Berikut adalah syarat kelayakan menyertai sukarelawan SUKA:
- Warganegara dan menetap di Selangor
- Berumur 18 tahun ke atas
- Sihat tubuh badan
CARA DAFTAR
Rakyat Selangor yang memenuhi syarat kelayakan dan berminat untuk mengerytai pasukan sukarela SUKA boleh buat pendaftaran penyertaan secara online sekarang. Penyertaan boleh dibuat di laman berikut:
PENDAFTARAN SUKARELAWAN KESIHATAN KOMUNITI SELANGOR (SUKA)
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi alamat emel berikut:
- sukakomuniti2021@gmail.com