KKM Buka Tawaran Sukarelawan Pasukan Bertindak Khas Greater Klang Valley. Daftar Sekarang

Pada 12 Julai 2021 lalu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menubuhkan Pasukan Bertindak Khas Greater Klang Valley (Greater Klang Valley Special Task Force – GKV STF) bagi menangani situasi semasa di negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Negeri Sembilan selatan Perak dan barat Pahang.

Jom sama -sama membantu usaha kerajaan dengan mendaftar sekarang sukarelawan yang ditawarkan! GKV STF memerlukan khidmat orang ramai untuk daftar bagi menjalankan tugas-tugas tertentu.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut tawaran sukarelawan Greater Klang Valley Special Task Force yang ditawarkan dan cara buat pendaftaran.

OBJEKTIF PENUBUHAN GKV STF

GKV STF ini ditubuhkan dengan matlamat:

  • Bagi berhadapan dengan krises khususnya di Lembah Klang
  • Dengan meningkatan kes yang mendadak, terdapat keperluan untuk meningkatkan kapasiti katil Covid-19 dengan cepat. Ini termasuk bekalan oksigen, peralatan yang berkaitan dan keperluan untuk memobilisasi anggota kesihatan

TUGAS SUKARELAWAN GKV STF

GKV STF memerlukan khidmat orang ramai untuk mendaftar sebagai sukarelawan untuk menjalankan tugas-tugas berikut:

  • Pengesahan kes positif baharu (melalui panggilan telefon)
  • Pengesahan kontak (melalui panggilan telefon)
  • Menguruskan data (Microsoft Excel/ Microsoft Word)
  • Membantu tugas-tugas pentadbiran
  • Membantu petugas kesihatan di fasiliti kesihatan (memantau dan memberikan bantuan bukan klinikal kepada pesakit di dalam wad)
  • Pengurusan jenazah Covid-19 di Jabatan Forensik

CARA DAFTAR

Orang ramai yang berminat boleh buat pendaftaran untuk sertai sukarela dengan melengkapkan borang pendaftaran secara online di pautan berikut:

daftar sukarelawan gkv stf

Jika anda bersedia untuk memberikan masa dan tenaga bagi membantu dan memberi sokongan kepada mereka, jom sertai kami kerana Malaysia memerlukan anda!

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma