Kehilangan Kerja Akibat Covid-19? Ikut 9 Strategi Ini Untuk Tingkatkan Kebolehpasaran Kerja
Dalam tahun ini, kita dapat lihat beribu rakyat Malaysia yang kehilangan kerja akibat daripada Covid-19 kerana banyak syarikat terpaksa gulung tikar. Hal ini adalah kerana tidak sanggup lagi menanggung kerugian.
Sekiranya anda salah seorang daripada individu yang kehilangan kerja akibat Covid-19, jangan putus asa. Hilang kerja tidak bermakna perjalanan anda terhenti. Mungkin juga anda berpeluang mendapatkan pekerjaan yang lebih bagus selepas ini.
Masih banyak syarikat yang mengambil pekerja saat pandemik ini. Pekerja yang kehilangan kerja, apa yang perlu anda lakukan adalah tingkatkan kebolehpasaran kerja bagi mendapatkan kerja baharu.
Isi Kandungan
9 STRATEGI JIKA KEHILANGAN KERJA
1 Buru Kerja “Job Hunting“
Kebarangkalian besar pengangguran akan memberi kesan negatif kepada anda dan keluarga anda dari segi ekonomi dan sosial. Adalah penting untuk setiap individu terkesan untuk kekal berfikiran positif dan secepat mungkin membina pelan tindakan untuk kembali ke alam pekerjaan.
Atasi sikap bertangguh dan terus mulakan proses pencarian kerja anda. Elakkan sikap terlalu memilih dan sentiasa fleksibel terhadap jenis pekerjaan dan lokasi.
2 Kemaskini Resume/ CV Anda
Resume/CV yang ditulis dengan efektif boleh menjadi pemisah samada anda akan berjaya mendapatkan pekerjaan anda atau kecundang awal. Jika anda perlukan bantuan, dapatkan buku-buku rujukan, rujuk sumber internet atau dapatkan bantuan daripada penulis resume profesional.
Jadikan pengalaman kerja yang lepas sebagai satu kelebihan anda boleh masukkan dalam resume. Pastikan kemaskini resume sesuai dengan kelayakan semasa.
Baca: Jika Ada 8 Kemahiran Mahal Ini Dalam Resume Ini Pasti Pikat Majikan Sepanjang 2020
3 Kemaskini Profil Di Internet
Penting untuk mempunyai online presence bagi menonjolkan bakat atau pengalaman profesional anda. Mungkin ada individu yang boleh membantu dalam misi pencarian kerja anda.
Kemaskini profil media sosial, LinkedIn dan portal pencarian kerja sejajar dengan maklumat pekerjaan di dalam resume/cv yang terbaru anda.
Rangkaian atau network merupakan elemen penting untuk perjalanan kerjaya profesional anda. “Follow” individu-inividu profesional, libatkan diri, sentiasa berhemah dan proaktif dalam setiap komunikasi yang anda lakukan. Dengan membina rangkaian seawal mungkin, anda mempunyai tiket untuk mengembangkan karier anda dengan lebih luas.
4 Bina Pengalaman Kerja Anda
Pertimbangkan untuk melakukan kerja sukarela untuk memperkasakan resume/cv anda. Kajian menunjukkan individu yang melakukan “voluntari work” mempunyai kebolehpasaran yang lebih tinggi.
Graduan juga boleh menawarkan diri untuk menjalani latihan praktikal atau internship lanjutan selepas mendapatkan ijazah. Manfaatkan peluang ketika menjalani latihan praktikal untuk menunjukkan bakat kerja anda kepada majikan.
5 Perkasakan Pengetahuan Anda
Pertimbangkan untuk menyertai pelbagai kursus percuma dalam talian atau online courses yang terdapat di internet untuk memperkembangkan pengetahuan anda.
Terdapat juga kursus-kursus yang menawarkan “certification” yang boleh meningkatkan lagi kebolehpasaran kerja anda. Kemaskini pengetahuan anda berhubung isu-isu semasa.
6 Serlahkan Soft Skills Anda
Terma yang lebih tepat untuk kemahiran insaniah adalah “Essential Skills” berdasarkan kepentingan yang diberikan oleh majikan dalam proses pemilihan pekerja.
Kajian Khazanah Research Institute (KRI) menunjukkan lebih 50% majikan meletakkan “Essential Skill” sebagai keperluan asas dalam proses pemilihan pekerja.
“Essential Skill” atau kemahiran insaniah ini merangkumi pelbagai domain kemahiran dari aspek keperibadian, kepimpinan, kemahiran komunikasi, pemikiran kritis dan sebagainya.
7 Urus Kewangan Ketika Krisis
Walaupun kerajaan menyediakan pelbagai insentif serta bantuan kewangan kepada individu yang terkesan, namun berhadapan situasi yang sukar diramal ini, anda sendiri hakikatnya perlu bijak mengatur dan merancana kewangan anda.
Langkah ini penting sebagai persediaan menghadapi sebarang kemungkinan termasuk mengelak dihimpit masalah kewangan, apatah lagi jika ‘putus belanja’ (langsung tiada duit), salah berbelanja untuk tujuan yang tidak sepatutnya serta risiko beban hutang serta menjejaskan simpanan masa hadapan.
8 Manfaatkan Bantuan Kerajaan
Pelbagai program pembangunan dan peningkatan kebolehpasaran pekerjaan dianjurkan oleh kerajaan.
Baca: Senarai Penambahbaikan Program PenjanaKerjaya Bagi Memberi Lebih Peluang Pekerjaan
9 Tingkatkan Kemahiran Digital
Transformasi digital kita bermula dari pemahaman asas tentang perkasaan komputer, perisian, internet, telefon bimbit, PDA dan peralatan digital yang lain. Literasi digital merujuk kepada keupayaan mengenalpasti, mencari, memahami, menilai dan menganalisis dan mengguna maklumat melalui teknologi digital.
Revolusi Perindustrian Keempat (IR 4.0) akan mewujudkan pelbagai pekerjaan baru yang boleh dipelopori sekiranya kita mempunyai penguasaan digital yang tinggi contohnya di sektor pembuatan pintar, keselamatan siber, kejuruteraan berbantu, kembar digital, analitik data raya dan sebagainya.
Semoga bermanfaat!