Pelajar Engineering, Ini 6 Strategi Semasa Di Universiti Untuk Terus Dapat Kerja Selepas Tamat Belajar
Anda lepasan SPM atau STPM yang sambung pengajian dalam bidang kejuruteraan? Seperti yang kita tahu, bidang kejuruteraan ini ada banyak cabang. Dari beberapa cabang ini pula, peluang kerjaya sebenarnya luas. Sebagai pelajar dalam bidang kejuruteraan, anda perlu bijak mencari peluang semasa zaman universiti untuk mudah dapat kerja setelah tamat belajar.
Rujuk: Kenali Jenis-jenis Bidang Kejuruteraan Yang Ada Dan Peluang Kerjaya Dalam Bidang Ini
Seorang jurutera bertauliah Ir Abdul Rahman Bahasa kongsikan 7 plan dan strategi untuk pelajar yang berminat untuk bergear sebagai jurutera sebaik sahaja melangkah ke universiti. Strategi yang dikongsikan ini juga akan membantu para graduan memasuki pasaran kerjaya selepas tamat pengajian.
Ikuti perkongsian bawah untuk ketahui strategi yang dikongsikan oleh jurutera bertauliah ini.
Isi Kandungan
“PLAN DAN STRATEGI BIDANG KEJURUTERAAN”
Menurut perkongsian Ir Abdul Rahman Bahasa melalui laman facebook beliau:
DAH DAPAT TAWARAN COURSE ENGINEERING? THIS IS YOUR NEXT MOVE TO AVOID STIGMA “ENGINEERING IS SCAM”
Aku scroll² FB and LinkedIn. Aku tengok ramai juga adik², anak² kenalan yang dapat sambung pengajian dalam bidang Engineering untuk kemasukan ke IPTA tahun ni.
Tahniah aku ucapkan!
Next, nak elak bakal² student Engineering ni terjerumus ke lembah “Engineering is Scam” or unrewarded career in the future. Aku ada buat flow chart sikit mcm dalam gambar.
Career as Engineer ni mmg kena plan and strategize. So, macam mana rupa plan and strategi tu? Lets go!
STRATEGI PELAJAR BIDANG KEJURUTERAAN MUDAH DAPAT KERJA
Berikut adalah plan dan strategi yang dikongsikan buat pelajar dalam bidang kejuruteraan seasa di universiti:
Strategi 1 – Jurusan Ada Rekod EAC
Sebelum mendaftar kursus engineering di mana2 universiti. Pastikan universiti yang menawarkan jurusan kejuruteraan itu ada record akreditasi daripada Engineering Accrediatation Council Malaysia (EAC) (http://www.eac.org.my/web/list_accredited.html) sebab akreditasi daripada EAC mendapat pengiktirafan daripada Washington Accord. So, maknanya degree universiti itu setaraf dengan US, UK, Korea, Australia dan New Zealand.
Kebanyakkan kursus kejuruteraan kat IPTA tu, sepatutnya tidak ada masalah. Sebab IPTA memang particular dengan akreditasi dari EAC ni. Tapi to be safe,just double check kat web EAC.
Strategi 2 – Score CGPA 3.00 Semester 1 dan 2
Engineering course typically ada 8 semester. Make sure score GPA 3.00 semester 1 dan 2. Semester 3 dan 4 start looking opportunity involve dgn persatuan pelajar.
Semester 5 dan 6 cuba jadi leader persatuan pelajar. Atau paling kurang involve lah dalam aktiviti persatuan pelajar. 2 years involvement dalam persatuan di Universiti, InsyaAllah dapat membantu banyak dalam soft skill development seseorang pelajar.
Semester 7 dan 8 fokus dengan projek akhir. InsyaAllah, dengan cara ni, CGPA pun dapat 3.0 (2nd class upper) pastu soft skill pun dapat well develop.
Strategi 3 – Lepas Grad, Daftar BEM
After grad je, terus register BEM as graduate engineer. Lepas tu mintak kerja dengan company kecik² dulu. Bila kita kerja dengan company kecik, kita akan belajar banyak berkenaan operation of the company. Mana tidaknya, disebabkan company yg kecik, semua benda graduan tu kena buat.
Strategi 4 – Cuba Dapatkan Position Project Engineer
Cuba kalau boleh dapatkan 1st position after grad tu as Project Engineer. Sebab apa Project Engineer? Project Engineer bukan sahaja kena apply technical skill, tapi soft skill juga. Project Engineer akan jumpa ramai orang, solve problem supplier, technical, contractual and time management.Again,bnyk experience gain disini.
Strategi 5 – Mula Cari Kerja Di Company Multi National
Bila dah dapat know-how operation sebuah company, mula cari kerja baru di company Multi-national pulak supaya ada exposure dengan Multi-ethnicity working style. Dengan pengalaman yg ada dari company kecik tadi, believe me, seorang graduan itu akan rasa mudah bila bekerja di company yang besar.
Strategi 6 – Jadi Engineer Yang Diiktiraf
And then, pada aku kalau dah jadi engineer tu. Jadi lah engineer yang di IKTIRAF sampai ke peringkat antarabangsa. Bila dah ada pengalaman yang cukup (lebih kurang 3-5 tahun), start pursue professional certificate macam Chartered Engineer (CEng), Professional Engineer (Ir.) dengan BEM, Professional Technologist (Ts.) dengan MBOT, Project Management Professional (PMP) dengan Project Management Institute, USA.
Akhir Sekali
Bila dah ada professional certificate macam CEng dan Ir., prospect kerjaya semakin luas. Sudah boleh berkira2 untuk stay dalam industry dalam negara atau ke luar negara.
Oh ye. Untuk pengetahuan semua, setiap program Engineering yang di ajar di universiti dalam Malaysia, perlu ada TIGA (3) full-time Professional Engineers registered with BEM sebagai tenaga pengajar. Kalau tak ada 3 org Ir., program itu akan ada risiko tidak diiktiraf oleh EAC.
Ini lagi satu peluang terbuka luas untuk engineer yang dah ada title Ir. So, kalau rasa dah boring dekat industry. Boleh lah sambung belajar Master, and then PhD untuk jadi Pensyarah dalam bidang engineering pula. Namun, ada jugak pensyarah yang tiada post-grad qualification tapi boleh diterima sebagai pensyarah. Ini disebabkan pengalaman yang luas dalam industry.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk pelajar dalam bidang kejuruteraan atau lepasan sekolah yang berminat nak jadi jurutera.