Maksud 8 Status Permohonan BSH Yang Pemohon Perlu Tahu

Pembayaran BSH 2.0 telah mula diagihkan berperingkat secara pengkreditan terus ke akaun bank yang telah didaftarkan.

Jika tiada akaun bank, pembayaran boleh dituntut secara tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berdekatan.

Bagi yang sudah lulus dan terima bayaran, tahniah! Bagi yang belum lulus dan masih gusar dengan status permohonan sekarang, anda wajib tahu apa maksud sebenar status permohonan anda sekarang!

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui maksud setiap status permohonan BSH yang pemohon perlu tahu.

MAKSUD STATUS PERMOHONAN BSH 2020

Banyak pemohon yang sedang dalam pelbagai status permohonan. Ada yang sudah tunggu lama, namun masih tidak mendapat kelulusan. Apa sebenarnya maksud status permohonan anda sekarang? Baca selanjutnya.

1) Permohonan Diterima

Maksud Permohonan Diterima adalah permohonan BSH 2020 yang telah dihantar dan diterima oleh pihak LHDN tetapi belum melalui proses penentuan kelayakan.

Jika gagal, anda boleh buat  Permohonan Rayuan BSH 2020 dan kemukakan permohonan anda semula.

2) Belum KemasKini

Bagi penerima BPN lepas anda tidak perlu membuat sebarang kemaskini jika tiada perubahan maklumat.

Permohonan tersebut akan melalui proses semakan dan kelayakan berdasarkan maklumat BSH sebelum ini.

3) Dalam Proses

Pasti ramai yang status permohonan kini DALAM PROSES kan? Untuk maklumat anda, permohonan anda masih dalam tindakan proses penentuan kelayakan sama ada anda lulus atau gagal. Jika permohonan anda kini Dalam Proses anda boleh semak Tindakan Pemohon Jika Status Dalam Proses.

4) Tidak Layak

Sila hubungi cawangan LHDNM berdekatan bagi mengetahui maklumat lanjut berkenaan Status Tidak Layak berkenaan. Kenapa tidak layak? Anda kena tahu sebabnya. Anda juga boleh buat Permohonan Rayuan jika gagal disebabkan sebab-sebab tertentu.

5) Tiada Rekod

Pemohon tidak mempunyai rekod Permohonan BSH sebelum ini. Untuk makluman anda, permohonan hanya boleh dibuat mulai 1 Februari 2020 hingga 15 Mac 2020 sahaja. Jadi kini anda sudah tidak berpeluang untuk buat permohonan lagi.

6) Dalam Proses Pengkreditan

Status ini merujuk kepada data pembayaran bagi Fasa Ketiga BSH kini dalam proses pengkreditan ke akaun anda seperti yang dimaklumkan. Pemohon hanya perlu tunggu wang bantuan dikreditkan terus ke akaun bank yang didaftarkan.

7) Gagal Kredit

Gagal Kredit membawa maksud wang bantuan tidak akan dikreditkan terus ke ke akaun anda. Surat maklum lulus Gagal Kredit akan diposkan kepada pemohon dan perlu membawa surat tersebut beserta Maklumat Nombor Baucar yang diterima bersama Kad Pengenalan Asal untuk penunaian di Bank Simpanan Nasional (BSN) berdekatan.

8) Pembayaran Secara Tunai

Status permohonan ini merujuk kepada pembayaran secara tunai di Kaunter BSN berdekatan. Pemohon boleh hadir bersama Kad Pengenalan untuk penunaian di Kaunter BSH.

SEMAKAN STATUS PERMOHONAN BSH 2020

Semakan status permohonan BSH 2020 dari masa ke semasa boleh dibuat dengan langkah berikut:

  1. Layari laman web Semakan Status Permohonan BSH 2020
  2. Masukkan No. Mykad anda
  3. Klik Carian
  4. Status permohonan akan dipaparkan

Semoga perkongsian ini bermanfaat buat pemohon BSH 2020 Fasa 3 yang kini dalam status permohonan seperti yang dinyatakan di atas. Untuk maklumat lanjut, anda boleh terus hubungi LHDN di talian 1-800 882 747 atau terus ke cawangan LHDN berdekatan anda.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma