SSM Online Business Alert: Semakan Senarai Syarikat Perniagaan Yang Terlibat Penipuan
SSM OBA merupakan satu inisiatif untuk memberi kesedaran awal kepada orang awam untuk tidak terpedaya dan tertipu dengan pelbagai entiti yang menjalankan perniagaan yang tidak beretika. SSM ingin menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati dan berwaspada semasa menjalankan sebarang urusan jual beli atau perkhidmatan yang ditawarkan di atas talian.
Orang ramai dinasihatkan untuk pastikan entiti perniagaan tersebut berdaftar dengan SSM. Senarai entiti yang disyaki tersebut boleh disemak melalui SSM Online Business Alert (SSM OBA).
Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui panduan buat semakan senarai syarikat yang terlibat penipuan melalui SSM Online Business Alert.
Isi Kandungan
TUJUAN SSM OBA
Antara tujuan SSM OBA diperkenalkan adalah bagi:
- Inisiatif SSM untuk membantu orang ramai supaya tidak terpedaya dan tertipu dengan laman sesawang/ media sosial perniagaan atas talian yang digunakan untuk tujuan penipuan
- Dapat memberi kesedaran awal, kepada orang ramai dan langkah berjaga-jaga dapat diambil sebelum membuat apa-apa pembelian menerusi perniagaan atas talian
- Penipuan perniagaan atas talian dapat dikurangkan.
ENTITI PERNIAGAAN YANG DISENARAIKAN
Entiti perniagaan atas talian yang disyaki terlibat dalam penipuan boleh disenaraikan apabila:
- Buat aduan rasmi kepada SSM melalui emel aduan@ssm.com.my
- Lampirkan alamat URL entiti yang disyaki
- Lampirkan bukti-bukti penipuan
- Lampirkan bersama laporan polis
SENARAI SYARIKAT TERLIBAT PENIPUAN
Berikut adalah senarai Laman sesawang / Media Sosial yang disyaki terlibat di dalam penipuan perniagaan atas talian merujuk kepada maklumat dalam fail aduan yang diterima. Sila berwaspada semasa berurusan dengan entiti berkenaan:
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mengesan kewujudan laman sesawang pihak ketiga yang menawarkan perkhidmatan pembaharuan pendaftaran perniagaan yang bukan dikendalikan oleh SSM. Laman sesawang ini juga mengenakan caj yang tidak munasabah serta membebankan pengguna terutamanya pemilik perniagaan.
Sekiranya mana-mana entiti ingin memohon nama untuk dikeluarkan daripada senarai ini boleh membuat permohonan kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia melalui emel aduan@ssm.com.my untuk dipertimbangkan.
Semakan perniagaan yang terlibat penipuan boleh dibuat dari masa ke semasa di laman web https://www.ssm.com.my/.
Orang ramai dinasihatkan untuk pastikan entiti perniagaan yang anda ingin berurusan secara atas talian berdaftar dengan SSM.