Rasmi: SOP Sambutan Tahun Baru Cina 2021 & Jadual Waktu Aktiviti Keagamaan

Masyarakat Cina yang bakal merayakan Tahun Baharu Cina pada Jumaat dan Sabtu ini boleh meneruskan tradisi makan besar keluarga apabila Mesyuarat Teknikal Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini bersetuju meluluskan penambahbaikan prosedur operasi standard (SOP) sambutan perayaan itu.

Bagaimanapun, Kementerian Perpaduan Negara dalam satu kenyataan telah menetapkan tradisi makan besar keluarga pada 11 Februari ini hanya boleh dihadiri sejumlah had ahli keluarga dengan SOP yang ditetapkan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk SOP yang ditetapkan untuk sambutan Tahun Baru Cina 2021.

SOP MAKAN BESAR KELUARGA

SOP pelaksanaan tradisi makan besar keluarga pada 11 Februari adalah seperti berikut:

  • Tidak lebih 15 ahli keluarga
  • Hanya ahli keluarga terdekat yang tinggal dalam zon lingkungan 10 KM dibenarkan
  • Rentas daerah atau negeri untuk tujuan ini adalah TIDAK DIBENARKAN

Rasmi: SOP Sambutan Tahun Baru Cina 2021 & Jadual Waktu Aktiviti Keagamaan

SOP AKTIVITI KEAGAMAAN

Mesyuarat juga turut bersetuju untuk aktiviti keagamaan di rumah ibadat pada 11, 12 dan 19 Februari dibenarkan dan tertakluk kepada SOP berikut:

  • Bilangan kehadiran penganut di rumah ibadat tidak melebihi 30 orang pada satu-satu masa dengan pemakaian pelitup muka dan penjarakan fizikal
  • Tempoh waktu sembahyang adalah selama 30 minit dan diselangi dengan kerja-kerja sanitasi selama 30 minit sebelum waktu sembayah yang berikutnya
  • Jadual waktu sembahyang adalah bermula  daripada 6.00 pagi hingga 2.00 petang sahaja seperti di Lampiran 1
  • Aktiviti sembahyang pada 19 Februari 2021 dibenarkan di halaman rumah masing-masing pada waktu malam mengikut tradisi perayaan Tahun Baru Cina bagi “Hokkien Cian”

Menteri Perpaduan Negara menyeru masyarakat kaum Cina di Malaysia untuk menyambut perayaan tahun ini dalam norma baharu, sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan, menjaga kebersihan diri dan pastikan penjarakan fizikal dalam usaha kita memutuskan rantaian Covid-19 di Malaysia.

Semak jadual waktu sembahyang/ aktiviti keagamaan sempena Tahun Baru Cina di bawah:

Rasmi: SOP Sambutan Tahun Baru Cina 2021 & Jadual Waktu Aktiviti Keagamaan

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma